Rangkul Award Presenter Terbaik, Wanita Kongsi Lima Tips ‘Speaking’ Dengan Yakin [Video]

16 Jul 2025 • 6:48 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pun begitu, kelemahan tersebut tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk mencuba perkara baharu.

Sebagai contoh, ada segelintir individu yang hanya kekal di dalam persekitaran atau kenalan sama hanya kerana sifat malu untuk mengenali orang baharu. Bagaimanapun, adalah penting untuk keluar dari zon selesa (comfort zone) agar dapat belajar benda baharu.

Bak kata pepatah, genggam bara api biar sampai jadi arang. Mungkin tidak terbiasa pada permulaannya, namun insya-Allah perkara yang sukar itu akan berubah menjadi mudah pada masa akan datang.

Wanita Rangkul Anugerah Pembentang Terbaik Di Persidangan Antarabangsa

Sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Mariam berkongsi pengalamannya ketika menyertai pelbagai aktiviti sosial sebagai contoh perbahasan dan perbentangan di peringkat profesional.

Menurut Mariam, Bahasa Inggeris bukan bahasa pertuturan utamanya semasa berada di rumah bersama ahli keluarga lain. Oleh disebabkan itu, dia berdepan kesukaran untuk berkomunikasi dalam bahasa itu dengan yakin di khalayak ramai.

image is not available
Sumber: LinkedIn Mariam Masuan

Namun begitu, ia tidak menjadi penghalang bagi dirinya untuk mencabar diri sendiri dan melawan perasaan takut berkenaan.

“Ni saya semasa bentang hasil kerja saya semasa persidangan antarabangsa di Indonesia. Ia tidak sempurna tapi banyak penambahbaikan. Tetapi alhamdulillah saya berjaya mendapat Anugerah Presenter Terbaik,” kata Mariam.

Bukan hanya sekali tetapi banyak juga anugerah lain yang dirangkul menerusi program-program antarabangsa lain seperti di Istanbul, Turki.

5 Tips Bertutur Bahasa Inggeris Dengan Yakin

Bagi menggalakkan orang ramai tidak takut mencuba, Mariam telah menyenaraikan beberapa tips supaya dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan yakin di khalayak umum. Antaranya:

#1. Tulis Segala Yang Difikirkan Di Minda Dalam Bahasa Inggeris

Setiap kali waktu malam sebelum tidur, Mariam akan menulis segala perkara yang terlintas dalam mindanya. Setiap ayat yang ditulis adalah dalam Bahasa Inggeris.

“Cara paling efektif apabila hati korang dihancurkan oleh seseorang. Korang akan ada banyak benda untuk ditulis. Buat rutin yang sama sampaikan bila korang berbual, korang akan bertutur secara semula jadi dalam Bahasa Inggeris,” ujar wanita berkenaan.

image is not available
Sumber: Pexels

#2. Bergaul Dengan Kumpulan Yang Fasih Berbicara Dalam Bahasa Inggeris

Menurut Mariam, bergaul dengan individu yang fasih berbahasa Inggeris merupakan langkah paling praktikal untuk meningkatkan kebolehan diri terutamanya dari segi keyakinan diri.

“Kau tak akan sedar perubahan tu, tapi sampai satu masa korang akan sedar cara berfikir dan kemahiran berkomunikasi telah bertambah baik. Ya memang tak selesa pada mulanya, tapi memang berbaloi,” ujar wanita itu.

image is not available
Sumber: Pexels

#3. Jangan Malu Mencuba

Seterusnya adalah menyertai pertandingan atau persidangan yang memerlukan anda untuk berbual atau berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

“Tu kali pertama? Buat je dengan perasaan malu. Pengalaman kali pertama ni memang akan kasi korang momen yang memalukan. Hanya perlu berusaha lebih keras dan konsisten. Percayalah, korang akan berterima kasih nanti,” jelasnya.

image is not available
Sumber: Freepik

#4. Cuba Fahami Apa Yang Dituturkan

Tips bagi menambah baik kemahiran pertuturan anda adalah setiap individu perlu bersiap sedia dengan info-info mengenai topik yang hendak dituturkan.

“Lebih-lebih lagi jika ia majlis yang formal atau berkenaan dengan akademik. Korang akan tampil lebih yakin dan faham apa yang sedang diperkatakan,” kata Mariam.

image is not available
Sumber: Freepik

#5. Jangan Terlalu Fokus Pada Tatabahasa

Antara masalah individu untuk mula bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan orang lain adalah mereka terlalu menitikberatkan isu tatabahasa.

Tidak sama seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris ini mempunyai penggunaan tatabahasa yang tertentu mengikut masa sebagai contoh perkara yang sudah berlaku, semasa dan selepas.

image is not available
Sumber: Pexels

“Apabila melibatkan percakapan, jadikan tatabahasa itu sebagai keutamaan yang ke-3. Yang pertama adalah pengetahuan, kedua adalah keyakinan. Saya akan rate tatabahasa saya 7/10 tapi dengan pengetahuan mencukupi, rasa yakin dan kemahiran bercerita yang baik, orang tidak akan peduli tentang tatabahasa (Bahasa Inggeris),” ulasnya.

Jelas Mariam, kemahiran bertutur Bahasa Inggeris dengan baik dan yakin itu tidak mempunyai jalan ekspres. Sebaliknya setiap individu perlu melalui pelbagai halangan serta dugaan untuk perbaiki kelemahan diri.

@yamiyem_ There’s no cheat code, no shortcuts, no express way to improve yourself. Do it embarrassed, do it tired 💪🏼🌟 #fyp #CapCut #englishlesson #englishtips #englishlearning #eidmubarak #eid ♬ original sound – yem

Tonton video penuh [DI SINI].

Perkara paling penting adalah jangan sesekali takut mencuba. Tidak kira anda masih muda atau sudah meningkat usia.

Walaupun anda merasakan orang lain akan berkata-kata, namun pendapat dan pandangan mereka tidak akan ternilai dengan usaha serta kegigihan diri sendiri bagi mempelajari benda baharu.

Source: