
Kota Kinabalu: Hari yang berhasil buat kontinjen Sabah apabila menggondol tiga emas, satu perak dan satu gangsa pada Sukan Sukma ke-21 pada Jumaat.
Emas yang ditunggu-tunggu itu dimenangi oleh peserta wushu dalam acara sanda yang diadakan di Dewan Wushu SSC di Petra Jaya, Kuching.
Emas pertama diperolehi Amirah Sofea Azlan dalam kategori 48kg wanita selepas menewaskan wakil Selangor Batrisyia Izzaty Mohd Nasir dalam final kategori 48kg wanita.
Dione Banyline Fely menyusuli dengan kemenangan ke atas Felicity Wong Xin Nee dari Selangor dalam acara 52kg wanita sebelum Fyenlly Himon menambah yang ketiga dengan menewaskan peserta tuan rumah Bong Shen Hiu dalam 52kg lelaki.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Dione berusia 18 tahun dari Pitas yang hanya menyertai disiplin itu pada April lalu begitu gembira dengan kemenangan tersebut.
“Saya tidak pernah menyangka akan memenangi pingat emas hari ini. Saya amat berterima kasih kepada jurulatih saya Alex Fong yang memperkenalkan saya kepada sanda dan juga jurulatih Safuan Amran dari SMK Kanibungan, Pitas serta semua pegawai yang menyokong saya.
“Ini adalah pertandingan kedua saya kerana saya hanya bermula sekitar April dengan pertarungan pertama saya di Pulau Pinang yang turut memenangi emas,” katanya selepas pertarungan akhir.
Pasukan wushu turut memenangi perak menerusi Ericsson Bong dalam acara gunshu lelaki awal pagi. PASUKAN boling padang yang memenangi pingat gangsa.
Sementara itu, pasukan boling padang negeri turut meraih gangsa dalam acara empat wanita dengan kemenangan 10-7 ke atas lawan mereka Kedah dalam penentuan tempat ketiga.
Mereka sebelum itu tewas 9-19 kepada pasukan yang muncul juara Selangor pada separuh akhir yang diadakan pada sebelah pagi.
Pingat pertama kontinjen negeri dalam temasya dwitahunan itu ialah gangsa yang dimenangi Emmanuel Fo dalam acara perseorangan lelaki boling tenpin, pada malam Khamis.
Sabah mengakhiri saingan Jumaat dengan tiga emas, satu perak dan dua gangsa di kedudukan ketujuh.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
