Ranking FIFA: Harimau Malaya lonjak kedudukan terkini, pintas Indonesia

7 Jun 2024 • 2:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Harimau Malaya melonjak daripada kedudukan 138 ke 135 dalam ranking FIFA. Foto FAM

SKUAD bimbingan Kim Pan-gon berjaya mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking FIFA selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan, malam tadi.

Perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan 1-1 itu menyaksikan Malaysia yang sebelum ini mengumpul 1094.54 mata berjaya memperoleh +2.81 mata tambahan, sekali gus menyaksikan lonjakan kedudukan daripada posisi 138 ke 135 dalam ranking FIFA.

Untuk rekod, seandainya Malaysia berjaya memperoleh kemenangan ke atas Kyrgyzstan, penambahan mata sebanyak +15.31 akan diperoleh. Namun, sekiranya tewas penolakan mata ranking adalah sebanyak -9.69

Peningkatan itu menyaksikan Malaysia berjaya memintas kedudukan Indonesia (136), Latvia (137), dan Lithuania (138).

Kemas kini seterusnya akan diketahui selepas perlawanan terakhir kumpulan yang akan berlangsung pada 11 Jun 2024. - Astro Arena

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved