Rantai kunci, krusye jadi sumber rezeki keluarga

17 Aug 2026 • 7:48 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rantai kunci, krusye jadi sumber rezeki keluarga

KUALA PILAH: Jualan rantai kunci dan hiasan kereta krusye yang diusahakan secara kecil-kecilan kini menjadi antara sumber rezeki kepada keluarga Rodi Abidin, 53, selepas hasil tangan isterinya itu tular di media sosial.

Rodi berkata, dia mula menjual hasil kaitan tangan itu sejak tahun lalu sebagai sumber pendapatan bagi membantu menampung keperluan keluarganya.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah menjual kuih, namun terpaksa berhenti untuk menjaga ibunya yang mengalami strok.

“Saya mula jual sedikit-sedikit sejak tahun lalu. Ada hari dapat jual, ada hari langsung tiada pelanggan tetapi kalau ada rezeki lebih, bolehlah menampung semula hari yang kurang.

“Tujuan saya berniaga bukan untuk mencari keuntungan besar, cukup sekadar untuk makan dan membayar bil,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Taman Eko Rimba Ulu Bendul, di sini, semalam.

Rodi berkata, semua barangan kaitan termasuk rantai kunci dan hiasan kereta dihasilkan isterinya, Noorsila Malek, 42, dijual pada harga antara RM10 hingga RM20 bergantung kepada rekaan.

“Saya anggap ini rezeki. Orang datang beli, mereka membantu saya dan pada masa sama saya cuba beri harga yang mampu dibayar.

“Kalau jual terlalu mahal, mungkin orang susah hendak beli. Jadi harga RM10, RM15 dan RM20 itu saya rasa masih berpatutan,” katanya.

Bapa kepada dua anak itu berkata, sebelum ini isterinya turut menerima tempahan barangan lain seperti beg dan bunga kaitan namun kini mereka memberi tumpuan kepada barangan kecil yang lebih mudah dibawa serta mampu dimiliki pelanggan. –UTUSAN

The post Rantai kunci, krusye jadi sumber rezeki keluarga appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved