
Rantai Motor Rosak, Lelaki Baiki Motor OKU Undang Sebak Ramai
Setiap daripada kita pasti pernah melalui saat-saat sukar dalam hidup. Di mana setiap perancangan atau pelan berakhir tidak seperti yang diharapkan.
Walau bagaimanapun, setiap kejadian yang berlaku tentunya terselit hikmah dalam mengajar erti kehidupan.
Begitulah situasi yang meruntun hati dikongsikan oleh seorang mekanik motor sewaktu membaiki motosikal salah seorang pelanggan.
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @minyakhitamjalanan_, dia memaklumkan menerima satu mesej seorang pelanggan wanita mengenai rantai motosikalnya rosak.
Bagaimanapun, selepas bertanya mengenai harga dan jarak ke lokasinya, wanita itu tidak membalas mesej. Perkara itu membuatnya curiga sebelum cuba menghubungi wanita itu namun gagal.
Rupa-rupanya Sebab Ni Tak Angkat Call
“Cerita tadi, dalam pukol 10.30 malam masa tu pun aku dah nak balik, aku dapat satu mesej dari akak ni..
“Akak: Assalamualaikum abang, boleh tolong ke rantai motor saya tersangkut depan spoket belakang, boleh ke abang datang, sebelum tu boleh tahu ke harga rantai & upah abang datang berapa?
“Wasalam, insyaAllah boleh, harga rantai sahaja RM80 did & upah akak bagi location saya nak tengok berapa jauh dari saya.
“Lepas tu, akak tu terus diam tak balas mesej aku, ok lah dalam hati cakap mungkin dah ada yang tolong kot..sebab aku call pun tak angkat.
“Pukol 12.30 malam akak tu whatsapp balik aku & dia bagi location
“Akak: ni abang location saya, berapanya upah? Abg jangan call saya, sebab kami bisu dan pekak.
“Oh maaf-maaf, jauh juga dari saya dalam 35min juga dari saya, selalu saya ambil upah datang RM45, takpa akak bagi upah saya rm10 je rantai rm80..
“Akak: ok boleh la abang saya tunggu abang..kami nak balik jauh ni abang,” kongsinya.
Sewaktu tiba di lokasi yang diberikan, dia mendapati bukan sahaja rantai sahaja yang rosak, malah spoket motor juga.
Disebabkan tidak pandai berkomunikasi dalam bahasa isyarat, dia menggunakan telefon sebagai platform untuk berinteraksi.
“Diorang pun borak-borak aku tak faham, mungkin diorang tak cukup duit kot, dalam hati takpa aku guna la duit orang infaq yang sebelum ni ada lagi, aku dah siap kerja semua, baru aku tulis dalam telefon. “
“Bila diorang baca, muka diorang rasa gembira sangat-sangat, aku pun rasa gembira juga. Alhamdulillah. Terima kasih semua yang infaq-infaq dekat saya,” kongsinya lagi.
@minyakhitamjalanan_ Cerita tadi, dalam pukol 10.30mase tu pun aku dah nak balik, aku dapat satu msj dari akak ni.. Akak: Assalamualaikum abg, tolong tolong ke rantai motor saya tersangkut depan spoket blkg boleh ke abg datang, sebelum tu boleh tahu ke harga rantai & upah abg datang berapa? W’asalam, insyaallah boleh, harga rantai sahaje rm80 did & upah akak bagi location saya nak tgok barapa jauh dari saya.. ” Lepas tu, akak tu terus diam tak balas msj aku, ok lah dalam hati cakap mungkin dah ade yang tolong kot..sebab aku call pun tak angkat” “Pukol 12.30malam akak tu wsp balik aku& dia bagi location” Akak: ni abg location saya, barapa nya upah? Abg jangan call saya, sebab kami bisu dan pekak.. : ohhh maaf², jauh jgk dari saya dalam 35min jgk dari saya, selalu saya amik upah datang rm45, takpe akak bagi upah saya rm10 je rantai rm80.. Akak: ok boleh LA abg saya tunggu abg..kami nak balik jauh ni abg.. ” Aku sampai² je tgok spoket motor dia mmg tak boleh pakai, ni kalau Tuka rantai takot putus plk, aku terpaksa tulis dalam hp, spoket dah tak boleh pakai.. ni kne Tuka spoket sekali.. dorg pun borak² aku tak faham, mungkin dorg tak cukup duit kot, dalam hati takpe aku guna la duit org infaq yang sebelum ni ade lagi, aku dah siap kjer semua, baru aku tulis dalam hp” ” Bila dorg bace, muke dorg rase happy sgt², aku pun rase happy jgk alhamdulillah, terima kasih semua yang infaq² dekat saya” ” Insyaallah dalam rezeki kita pasti ade rezeki orang lain ” #fyp #masukberandafyp #alhamdulillah
Netizen Banjir Air Mata
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dan memuji tindakan mekanik itu. Bahkan ada yang menawarkan diri untuk memberi sumbangan jika melibatkan mana-mana orang kurang upaya (OKU).
Berikut antara komen netizen;
“Salam bang. Saya customer biasa abang yang y15 biru. Kalau ingat lah. Lepasni kalau ada golongan OKU yang perlukan pertolongan. Abang call je saya berapa upah yang diorang perlukan. Saya bayar, in syaaAllah,” komen seorang pengguna.
“Saya siap menjadi saksi di akhirat tentang kebaikan tuan hari ini,” komen seorang lagi.
Sumber: TikTok @minyakhitamjalanan_
The post Rantai Motor Rosak, Lelaki Baiki Motor OKU Undang Sebak Ramai appeared first on Siakap Keli.



