Rapat Dengan Penyanyi Wanita, Nine Phyne Ballerz Dedah Sudah Bercerai Dengan Dua Isteri – “Harap Tak Timbul Sebarang Fitnah”

EntertainmentLifestyle
2 Jun 2025 • 2:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi kumpulan Phyne Ballerz, Nine atau nama sebenarnya Mior Zulkarnain Mohd Zamhuri tampil menjelaskan bahawa status dirinya sudah bergelar duda sejak tiga tahun lalu.

Mior membuat pendedahan itu setelah namanya disebut-sebut sebagai individu yang rapat dengan penyanyi Elliza Razak pada ketika ini.

Maklum Nine, dia berpoligami sebelum ini dan bercerai dengan isteri pertama pada tahun 2017 dan isteri kedua pula tiga tahun lalu.

Betul memang saya seorang duda, sebenarnya saya sudah bercerai dua kali. Tahun 2017 bercerai dengan isteri pertama manakala isteri kedua pula pada 2022.

Katanya, dia enggan mendedahkan status rumah tangga kerana enggan menjadikan cerita perceraian bahan bualan netizen.

image is not available image is not available

Cukuplah sekadar saya beritahu yang kami berpisah secara baik dan tiada apa-apa isu berbangkit.

Kedua-dua bekas isteri pun tiada masalah sesama mereka sehingga ke hari ini.

image is not available

image is not available

Nine juga tidak mahu membuka aib sesiapa dan turut terhutang budi dengan kedua-dua isterinya kerana sanggup berkorban demi membesarkan anak-anak.

Hasil perkongsian hidup dengan kedua-dua isterinya, Nine mempunyai 3 orang anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 days ago

Sharnaaz Ahmad Idam Isteri Yang 'Respect' Dirinya 100%, Netizen Komen - "Memilih Ni, Tak Lawa Tapi Hormat 100% Berlambak"