Rapid Bulanan Pass RM150 – Tak Payah Beratur Lagi, Guna TNG eWallet Je!

LocalTravel
24 Jun 2026 • 10:33 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Rapid KL kini memperkenalkan Rapid Bulanan Pass pada harga RM150 sebulan. Pas perjalanan ini memberikan akses tanpa had selama 30 hari berturut-turut untuk menaiki semua rangkaian pengangkutan utama di bawah Rapid KL, termasuklah LRT, MRT, Monorel, BRT Sunway, dan juga bas Rapid KL.

Menariknya, pas RM150 ini dibuka kepada semua pengguna termasuk warga asing dan pelancong yang sebelum ini tidak layak membeli pas My50.

Walau bagaimanapun, untuk warganegara Malaysia, anda masih boleh terus gunakan pas subsidi My50 macam biasa pada harga RM50 sebulan.

Sumber: Rapid KL

Rapid KL Perkenal Pas Bulanan RM150

Rapid Bulanan Pass merupakan inisiatif tiket prabayar daripada Rapid KL yang direka untuk memberikan kemudahan perjalanan tanpa had selama 30 hari di sekitar ibu kota.

Dengan harga RM150 sebulan, pemegang pas ini bebas menggunakan pelbagai mod pengangkutan awam.

Antaranya ialah LRT, MRT, Monorel, Bas Rapid KL, Bas Pengantara MRT dan BRT Sunway.

Pas RM150 ini dibuka kepada semua golongan termasuk warga asing, ekspatriat, dan pelancong antarabangsa yang menetap atau bercuti di Malaysia.

Pengenalan pas ini bukan sahaja bertindak sebagai alternatif kepada pas My50 (khusus untuk warga tempatan), malah ia menjadi penyelesaian bijak untuk menjimatkan kos pengangkutan harian serta mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan peribadi di kawasan Lembah Klang yang padat.

rapid bulanan pass RM150
Sumber: Facebook Rapid KL

Rapid Bulanan Pass RM150 vs Pas My50

Kedua-dua pas ini memberikan fungsi dan akses pengangkutan awam yang sama rata tanpa had dekat Lembah Klang.

Perbezaan paling besar cuma pada harga dan status kewarganegaraan.

Pas My50 adalah pas bersubsidi khas daripada kerajaan untuk rakyat tempatan sahaja.

Manakala Rapid Bulanan Pass RM150 pula diperkenalkan sebagai alternatif terbaik supaya warganegara bukan Malaysia (pelancong, ekspatriat, warga asing) pun boleh enjoy jalan-jalan naik tren dengan kos yang tetap dan murah.

Ciri-CiriRapid Bulanan Pass RM150Pas My50
Harga BulananRM150 sebulanRM50 sebulan
Kelayakan PenggunaTerbuka kepada semua orang (Warga asing, pelancong, ekspatriat, & warganegara)Eksklusif untuk Warganegara Malaysia sahaja
Dokumen / Kad DiperlukanKad Touch ‘n Go NFC (Jenis Enhanced) atau Smart CharmMyKad (IC) atau MyTentera yang mempunyai cip Touch ‘n Go
Rangkaian Transit (Rel)LRT, MRT, dan Monorel KLLRT, MRT, dan Monorel KL
Rangkaian Transit (Bas)Bas Rapid KL, Bas Perantara MRT, & BRT SunwayBas Rapid KL, Bas Perantara MRT, & BRT Sunway
Tempoh Sah Laku30 hari berturut-turut30 hari berturut-turut
Cara Pembelian DigitalAplikasi TNG eWallet (Perlu telefon pintar fungsi NFC)Aplikasi TNG eWallet (Perlu telefon pintar fungsi NFC)
Cara Pembelian FizikalKaunter Khidmat Pelanggan Rapid KL (Stesen LRT/MRT/Monorel)Kaunter Khidmat Pelanggan Rapid KL (Stesen LRT/MRT/Monorel)
Syarat Baki Minimum KadWajib ada baki minimum RM5.00 pada setiap masaWajib ada baki minimum RM5.00 pada setiap masa

Info Tambahan: Pas 1 Hari & Pas 3 Hari

Bukan itu sahaja, kalau anda tak kerap naik pengangkutan awam tapi ada plan nak jalan-jalan pusing KL hujung minggu ni, Rapid KL masih mengekalkan pas harian 1 hari dan 3 hari.

Khusus untuk warganegara Malaysia, pas yang dahulunya dikenali sebagai MyCity Pass kini berwajah baharu dengan nama Rapid Kota Pass.

Anda boleh dapatkan pas harian tanpa had ini pada harga RM10 untuk pas 1 hari dan RM25 sahaja untuk pas 3 hari.

Paling best, tak payah beratur dekat kaunter sebab pas harian ini pun dah boleh beli terus guna TNG eWallet dari rumah.

rapid bulanan pass
Sumber: Facebook Rapid KL

Rapid Bulanan Pass RM150 Sesuai Untuk Siapa?

  • Terbuka kepada SEMUA pengguna: Berbeza dengan My50 yang terhad untuk warganegara Malaysia sahaja, pas Rapid Bulanan Pass RM150 ini boleh dibeli oleh bukan warganegara, ekspatriat, pelajar antarabangsa, dan pelancong.
  • Akses tanpa had 30 hari: Pengguna boleh naik LRT, MRT, Monorail, BRT Sunway, bas Rapid KL, dan bas pengantara MRT sepuas-puasnya selama 30 hari berturut-turut.

Apa Mod Pengangkutan Boleh Guna Rapid Bulanan Pass?

Dengan melanggan Rapid Bulanan Pass, anda boleh menaiki semua rangkaian transit rel dan bas di bawah kendalian Rapid KL sepuas-puasnya di sekitar Lembah Klang.

Senarai Penuh Mod Pengangkutan

  • LRT (Laluan Kelana Jaya, Ampang, dan Sri Petaling)
  • MRT (Laluan Kajang dan Putrajaya)
  • Monorel KL
  • BRT Sunway (Bas Transit Laju Laluan Sunway)
  • Bas Rapid KL (Semua laluan bas henti-henti Rapid KL)
  • Bas Pengantara MRT (MRT Feeder Bus)

Mod Pengangkutan Yang TIDAK Boleh Guna (Dikecualikan):

Sila ambil perhatian bahawa pas ini tidak sah dan tidak boleh digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan awam berikut kerana ia dikendalikan oleh syarikat atau agensi yang berbeza:

  • KTM Komuter (KTMB)
  • ERL / KLIA Ekspres / KLIA Transit
  • Bas Nadiputra Putrajaya
  • Bas luar kawasan Lembah Klang (seperti Rapid Penang dan Rapid Kuantan)

Cara Beli Rapid Bulanan Pass RM150 Guna TNG eWallet

Pembelian Rapid Bulanan Pass RM150 secara digital kini boleh dibuat terus melalui aplikasi TNG eWallet tanpa perlu lagi beratur di kaunter stesen.

Syarat utama cuma kena ada telefon yang ada fungsi NFC, kad Touch ‘n Go jenis Enhanced (atau smart charm) dan juga akaun TNG eWallet yang dah siap disahkan identiti (eKYC-verified).

Ikuti langkah mudah ini:

  1. Buka aplikasi TNG eWallet anda.
  2. Lengkapkan proses pengesahan identiti (e-KYC) anda.
  3. Pergi ke bahagian ‘Transport’ (Pengangkutan).
  4. Pilih ‘Rapid KL Pass’.
  5. Pilih ‘Rapid Bulanan’ di bahagian atas halaman ‘Travel Pass’.
  6. Pilih kad Enhanced TNG pilihan anda untuk dimasukkan maklumat Rapid Bulanan Pass. Jika anda belum memautkan kad, anda perlu menambah (add) kad Enhanced TNG ke dalam aplikasi terlebih dahulu.
  7. Imbas kad anda menggunakan telefon pintar. Cuma sentuh dan tetapkan kad Enhanced TNG NFC anda di bahagian belakang telefon untuk mengimbas.
  8. Pilih tarikh pengaktifan pas anda.
  9. Sahkan butiran perincian dan buat pembayaran menggunakan baki akaun TNG eWallet anda.
  10. Imbas kad anda sekali lagi. Imbasan akhir ini akan mengaktifkan pas mengikut tarikh pilihan anda dan memasukkan maklumat tersebut terus ke dalam kad anda.

Selesai!

Tapi ingat, aplikasi ewallet ini cuma untuk beli dan aktifkan pas sahaja ya. Anda tetap kena bawa kad fizikal TNG atau charm tersebut untuk tap dekat gate stesen macam biasa.

Kalau telefon bimbit tak ada fungsi NFC, anda masih boleh beli pas fizikal ini di kaunter tiket stesen Rapid KL.

Di Mana Boleh Beli Pas Rapid Bulanan Secara Fizikal?

  • Kaunter Servis Pelanggan Rapid KL Customer (LRT, MRT, Monorail dan BRT stesen)
  • Hab Bas Terpilih:
    • Pasar Seni
    • Chow Kit
    • Sri Nilam
    • Puchong Utama
    • Pearl Point
    • Greenwood
    • Seksyen 2, Shah Alam

Proses Pembelian Pas (Di Kaunter)

  • Bawa kad Touch ‘n Go NFC anda sendiri untuk dimasukkan maklumat Rapid Bulanan Pass.
  • Pastikan baki minimum sebanyak RM5.00 di dalam kad Touch ‘n Go NFC anda.

Kad Touch ‘n Go NFC juga boleh dibeli di lokasi terpilih, iaitu Pusat Pengalaman Pelanggan Touch ‘n Go, Hub dan Spot Touch ‘n Go, stesen minyak, kedai serbaneka, dan farmasi.

Pembelian di mana-mana Kaunter Khidmat Pelanggan Rapid KL adalah RM10.00, kecuali di stesen BRT dan hab bas Rapid KL, serta tertakluk kepada ketersediaan stok.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila rujuk:

  1. Laman sesawang rasmi Rapid KL
  2. Khidmat Pelanggan Rapid KL:
    • Talian: 03-7885 2585
    • Emel ke suggest@rapidkl.com.my
  3. Facebook Rapid KL
  4. Terma & syarat Rapid Bulanan Pass
  5. Soalan Lazim Rapid Bulanan Pass

Soalan Lazim Rapid Bulanan Pass RM150

Apa perbezaan pas RM150 ini dengan Pas My50?

– My50: Berharga RM50 sebulan dan eksklusif untuk warganegara Malaysia sahaja (menggunakan MyKad).
– Rapid Bulanan Pas RM150: Berharga RM150 sebulan dan terbuka secara inklusif kepada semua orang, termasuklah warga asing, ekspatriat, dan pelancong antarabangsa

Boleh ke warganegara Malaysia beli pas RM150 ini?

Boleh. Pas ini terbuka kepada semua. Namun, rakyat Malaysia digalakkan memilih pas subsidi My50 yang jauh lebih murah (RM50) untuk fungsi pengangkutan tanpa had yang sama.

Pengangkutan apa sahaja yang boleh saya naik dengan pas ini?

Anda boleh menaiki perkhidmatan tren LRT, MRT, dan Monorel serta perkhidmatan BRT Sunway, Bas Rapid KL, dan Bas Perantara MRT.

Berapa lama tempoh sah (validity) pas ini?

Pas ini aktif selama 30 hari berturut-turut bermula dari tarikh pengaktifan yang anda pilih, bukannya mengikut bulan kalendar.

Boleh ke saya beli pas ini secara awal (advance purchase)?

Tidak boleh. Rapid KL telah menghentikan sistem pembelian awal. Anda hanya boleh membeli dan mengaktifkan pas baharu selepas pas lama 30 hari anda tamat tempoh sepenuhnya.

Kenapa saya kena ada baki minimum RM5.00 dalam kad Touch ‘n Go?

Walaupun pas bulanan anda sudah dibayar (RM150), sistem pintu gerbang (gate) stesen tetap memerlukan baki dompet minimum RM5.00 pada kad fizikal anda untuk membolehkan imbasan sensor berfungsi.

Telefon saya tidak mempunyai fungsi NFC, bagaimana saya mahu beli?

Anda tidak boleh membeli secara digital melalui aplikasi TNG eWallet. Anda perlu pergi terus ke Kaunter Khidmat Pelanggan Rapid KL di mana-mana stesen LRT/MRT/Monorel untuk pembelian manual.

Di mana saya boleh beli kad fizikal Touch ‘n Go NFC jika belum ada?

Kad fizikal kosong (jenis Enhanced) boleh dibeli di kaunter stesen Rapid KL, Hub Touch ‘n Go, stesen minyak, rangkaian kedai serbaneka, dan farmasi terpilih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved