
Rapid KL kini menawarkan pas Rapid Bulanan RM150 secara digital melalui aplikasi TNG eWallet. Menerusi pas ini, perjalanan tanpa had selama 30 hari boleh dilakukan tanpa had merangkum perkhidmatani LRT, MRT, Monorail, BRT Sunway, bas Rapid KL dan bas pengantara MRT.

Pas Rapid Bulanan terbuka kepada semua termasuk pelancong dan pekerja asing. Ini berbeza dengan pas My50 yang hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia sahaja. Ia boleh dibeli terus dalam aplikasi TNG eWallet menggunakan telefon pintar NFC tanpa perlu beratur di kaunter. Bagi mereka yang tidak mempunyai telefon dengan NFC, pas Rapid Bulanan masih boleh dibeli di kaunter.
Proses membeli adalah mudah dengan mengakses tab Transport dalam aplikasi TNG eWallet. Pilih Rapid KL Pass dan kemudian Rapid Bulanan. Seterusnya Imbas kad TNG NFC atau charm TNG NFC dan kemudian membuat pembayaran RM150. Imbas sekali lagi kad TNG NFC dan charm TNG NFC untuk mengaktifkan pas. Seperti My50, pas Rapid Bulanan masih memerlukan kad atau charm fizikal untuk digunakan.



