Rapid KL lanjut waktu operasi tren terpilih sehingga 1:30 pagi sempena Raya 2023

13 Apr 2023 • 1:52 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pengendali sistem rel transit utama Lembah Klang, Rapid KL telah mengumumkan pelanjtan waktu operasi beberapa stesen terpilih pada 15 April 2023 bagi memenuhi keperluan pengguna dalam persiapah Hari Raya Aidilfitri mereka.

Stesen-stesen yang disenaraikan berikut akan beroperasi sehingga 1:30 pagi pada Sabtu malam, 15 April 2023:

  • Laluan Kelana Jaya – Masjid Jamek & KLCC
  • Laluan Ampang / Sri Petaling – Masjid Jamek
  • Monorel – Bukit Bintang, Chow Kit, Raja Chulan, dan Medan Tuanku
  • MRT Laluan Kajang – Bukit Bintang

Selain stesen-stesen yang disenaraikan, semua stesen sambungan turut dilanjutkan operasi kepada waktu yang sama.

Hal ini bermakna, anda boleh menaiki tren daripada stesen-stesen yang terlibat selewat-lewatnya jam 1:30 pagi. Sekiranya sudah menaiki tren, anda boleh turun ke mana-mana destinasi seperti biasa.

image is not available

Bagi menjamin kelancaran perjalanan, pihak Rapid KL mengingatkan orang ramai supaya memastikan kad TNG memiliki baki yang cukup dan sentiasa memakai pelitup muka apa bila menggunakan perkhidmatan mereka.

Bacaan berkaitan