Rapid Rail Sahkan Seorang Penumpang Terjatuh Di Landasan Stesen Abdullah Hukum

3 Apr 2026 • 7:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) mengesahkan seorang penumpang telah terjatuh di kawasan landasan di Stesen Abdullah Hukum pada jam 6.09 petang ini.

Menurutnya, sebagai langkah keselamatan, pihak operasi telah menyahaktifkan bekalan kuasa di stesen tersebut bagi memberi laluan pada pihak polis, bomba dan pasukan ambulans yang sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

"Susulan kejadian tersebut, perkhidmatan tren di antara stesen Universiti, Kerinchi dan Abdullah Hukum diberhentikan buat sementara waktu.

"Perkhidmatan tren alternatif, termasuk perkhidmatan bas perantara percuma telah diaktifkan bagi menyokong operasi.

"Pengguna yang memerlukan bantuan boleh merujuk kepada Pegawai Stesen dan Polis Bantuan di stesen-stesen berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga:

Menurutnya lagi, sebarang perkembangan terkini akan dikemas kini menerusi laman media sosial Rapid KL dan pengumuman di stesen.

"Pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian tersebut.

"Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas akibat daripada kejadian dan kelewatan perjalanan yang berlaku pada petang ini," ujarnya lagi,