
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Aizatul Atiqah atau lebih mesra dipanggil Ika menunjukkan video dirinya menghasilkan reka corak batik untuk kain dipakai keluarganya.
Menurutnya, penghasilan kain batik tersebut menggunakan batik tanah liat (batik clay). Dalam video sama, Ika juga berkongsi caranya mencantumkan corak batik pada sehelai kain dengan teknik saring sutera (silk screening printing).
Baca Artikel Berkaitan: Sony Pictures Tertarik Lihat Lukisan Venom Dengan Corak Batik Malaysia, Anggap Ia Luar Biasa!
Baca Artikel Berkaitan: Hasil Seni Batik Malaysia Muncul Dalam Video Promosi Karnival Kaligrafi Dunia. Bangganya!
Semua Ahli Keluarga Gayakan Kain Batik Hasil Tangan Graduan Ketika Majlis Convo
Malah pada akhir perkongsian, kelihatan juga momen graduan UiTM dari jurusan Seni Reka Perindustrian itu bergambar bersama semua ahli keluarganya semasa Hari Konvokesyen sambil memakain kain bercorak batik tanah liat hasil tangannya.
“Rasa seronok buat sendiri kain batik untuk keluarga,” kata Ika di ruangan kapsyen.
View on Threads
Latihan Praktikal & Kerja Part Time Asah Kemahiran Seni Batik Clay
Jelas Ika ketika dihubungi BuzzKini, dia telah melakukan latihan praktikal di kedai kraf tekstil Batik Sayong yang menggabungkan seni lukisan atau terapan batik dengan penggunaan tanah liat.
Selepas tamat belajar, dia mengambil keputusan untuk sambung bekerja di sana sebagai pekerja separuh masa.
Baca Artikel Berkaitan: “Inspirasi Anak Muda” – Pelajar UiTM Kerja 2-3 Part Time Seminggu Raih Anugerah Naib Canselor [Video]
Graduan Luah Rasa Syukur Diberi Peluang Belajar Tentang Batik Clay
Ahamdulillah, kemahiran tersebut akhirnya dapat dimanfaatkan untuk keluarga sendiri.
Ada banyak perkara lagi yang saya perlu belajar. Alhamdulillah Allah bagi saya peluang untuk dapatkan banyak pengalaman (dalam bidang batik tanah liat).
View on Threads
Sebelum ini, Ika juga pernah berkongsi videonya ketika menghasilkan corak batik berkenaan. Malah dia juga menunjukkan hasil selepas mencelup warna.
View on Threads
“Beauty With Brain” – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji Ika kerana bijak menggunakan kemahiran yang ada dalam menghasilkan kain bercorak batik buat ahli keluarga.
“Sebab tu pendidikan ni sangat penting. Kalau awak guna ilmu yang ada, awak boleh dapat banyak peluang, manfaatkan semula kepada komuniti dan jana pendapatan. Cantiknya (hasil batik tanah liat),” kata seorang pengguna Threads.
“Masya-Allah sungguh Allah berikan kebijaksanaan pada hambaNya yang benar-benar boleh memanfaatkannya. Tahniah si cantik yang bijak,” kata seorang netizen.
Rare Effort Hasilkan Kain Bercorak Batik Sendiri – Netizen
Malah ramai juga kagum dengan usaha graduan tersebut kerana menghasilkan corak kain batik tersendiri.
“Cantiknya! Rare tau effort tu! Apa-apa pun tahniah sis!” ujar seorang lelaki.
“Weh nice! Jom buat motif untuk warga UiTM pula,” tambah seorang warganet.
Berikut antara komen-komen netizen:




