“Rasa diri buruk” – Ria Ricis Tuntut Cerai Kerana Suami Gagal Beri Nafkah Batin?

Entertainment
6 May 2024 • 12:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Cerita influencer dari negara seberang, Indonesia sampai ke pengetahuan netizen Malaysia, influencer yang dimaksudkan ialah Ria Ricis yang baru sahaja bercerai dengan suaminya, Teuku Ryan pada Jumaat lalu.

Apa yang menarik perhatian ialah dokumen mahkamah berkenaan perceraian mereka tular di media sosial dan antara yang terkandung dalam dokumen itu termasuklah punca mengapa Ria Ricis menuntut cerai daripada suaminya itu.

Salah satu yang menjadi perhatian ialah, Teuku Ryan didakwa gagal memberikan nafkah batin kepada isterinya itu sejak Januari tahun lalu selepas mereka menimang cahaya pertama, Cut Raifa Aramoana.

Malah, dakwaan tersebut dikuatkan lagi oleh doktor Ria yang berkata dia sukar untuk melahirkan secara normal kerana kurangnya hubungan suami isteri, bagaimanapun dakwaan itu ditolak oleh Teuku Ryan.

Dalam pada itu, dokumen berkenaan juga menyatakan Teuku Ryan didakwa lebih banyak bermain bola sepak dan akan pulang dalam keadaan penat sehingga menyebabkan tiada komunikasi antara suami isteri.

Sebagai info, Ryan dan Ria mendirikan rumah tangga pada 12 November 2021 dan mereka sah bercerai pada Jumaat lalu dengan talak satu. Perceraian mereka disahkan oleh Majlis Hakim Pengadilan Agama Jakarta Selatan.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.