Rasa Jengkel, Ini Sebab Suara Sendiri Kedengaran Pelik Dalam Rakaman

10 Jun 2026 • 5:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Rasa Jengkel, Ini Sebab Suara Sendiri Kedengaran Pelik Dalam Rakaman

Rasa Jengkel, Ini Sebab Suara Sendiri Kedengaran Pelik Dalam Rakaman

Pernah tak anda perasan, bila-bila anda kirimkan mesej suara, rakaman video, ataupun video anda menyanyi kepada rakan-rakan, suara tu kadang-kadang kedengaran agak lain dari suara kita yang sebenar.

Malah, ada yang sampai tak sanggup nak dengar balik suara yang dirakam tu sebab ada yang anggap suara mereka kedengaran pelik ataupun menjengkelkan.

Kadang-kadang, suara yang dirakam itu tidaklah terlalu lain dari suara biasa kita, tapi mungkin ada beberapa sebab lain yang menyebabkan suara tersebut kedengaran berbeza dari biasa.

Gegendang telinga bergetar dari dua sumber yang berbeza

Menurut perkongsian dari portal New York Vocal Coaching, apabila anda mendengar bunyi yang dihasilkan oleh orang lain, bunyi tersebut bergerak melalui udara dalam bentuk gelombang ke telinga anda, lalu gelombang itu menggetarkan gegendang telinga anda.

Namun, apabila anda mendengar bunyi yang anda hasilkan sendiri, gegendang telinga anda bergetar daripada dua sumber bunyi yang berbeza.

Image from: Rasa Jengkel, Ini Sebab Suara Sendiri Kedengaran Pelik Dalam Rakaman
Gambar: AI/Flow

Sumber pertama ialah gelombang bunyi biasa yang bergerak melalui udara ke gegendang telinga anda, manakala sumber kedua datang daripada getaran tengkorak anda sendiri.

Tengkorak anda bergetar secara selari (sympathetically) dengan bunyi yang anda hasilkan di dalam tekak anda. Tulang bergetar secara berbeza berbanding udara, jadi bunyi tersebut berubah, menyebabkan ia menjadi lebih berat dengan frekuensi rendah dan versi bunyi itu turut menyumbang kepada getaran gegendang telinga anda.

Oleh itu, bunyi yang anda dengar biasanya lebih dalam, dengan campuran frekuensi rendah dan tinggi yang lebih seimbang, manakala bunyi yang didengar oleh orang lain daripada anda biasanya lebih terang, dengan lebih banyak frekuensi tinggi yang lebih menonjol.

Baca juga:

Kerap buat latihan vokal

Namun begitu, perkara ini sebenarnya dapat diatasi dengan cara yang betul. Menurut salah seorang guru vokal, Tim Rosser, anda boleh kerap melakukan latihan vokal. Walaupun ramai yang menganggap latihan vokal hanya diperlukan untuk penyanyi, ia sebenarnya membantu untuk membaiki pita suara.

Image from: Rasa Jengkel, Ini Sebab Suara Sendiri Kedengaran Pelik Dalam Rakaman
Gambar: AI/Flow

Cara terbaik untuk menyelaraskan suara nyanyian yang anda dengar dalam kepala dengan bagaimana orang lain mendengar anda ialah dengan merakam suara anda semasa berlatih.

"Saya dapati penggunaan alat rakaman sangat berguna dalam latihan kerana ia membolehkan saya membuat penyesuaian mengikut cita rasa saya.

"Saya tahu apa sahaja yang saya dengar dalam kepala semasa menyanyi boleh menjadi mengelirukan atas sebab yang saya jelaskan tadi," kongsinya.

Ujarnya lagi, dia akan menyanyikan satu atau dua baris lagu menggunakan aplikasi Voice Memos, kemudian mendengar semula untuk menilai hasilnya.

Image from: Rasa Jengkel, Ini Sebab Suara Sendiri Kedengaran Pelik Dalam Rakaman
Gambar: AI/Flow

Kemudian, dia akan mencuba menyanyikan bahagian yang sama berulang kali dengan pelbagai penyesuaian.

"Saya akan mencuba pelbagai suara, penekanan yang berbeza, dan juga riff yang berbeza. Kadang-kadang saya juga dapat mengesan masalah nada melalui rakaman yang saya tidak sedari ketika menyanyi secara langsung," tambahnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved