“Rasa macam haiwan strays. Dah kena buang, kena halau lagi” -Syada Amzah

Entertainment
10 Oct 2023 • 3:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi Syada Amzah sekali lagi mencetuskan persoalan orang ramai apabila memuat naik status di Instagram memaklumkan tiba-tiba individu yang tidak dikenali mahu melihat rumah yang didiaminya.

Menurut adik kepada penyanyi popular Shila Amzah, dia berasa pelik kerana mereka langsung tidak meletak sebarang papan tanda mengatakan rumah itu akan dijual.

Katanya, dia langsung tidak diberitahu tentang perkara itu dan mendakwa mereka seakan diperlakukan seperti haiwan jalanan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

“Phew gilalah, rasa macam kita ni haiwan strays. With no notice at all,” tulisnya.

Pada masa yang sama, Syada meluahkan rasa kecewa dengan memetik perkataan ‘buang’ dan ‘halau’ namun tidak menyatakan nama sesiapa.

“Dah kena buang, kena halau lagi. Genius betul-betul respect,” tulisnya lagi.

image is not available

Dalam hantaran berasingan, Syada bertanya di manakah mahu mencari rumah sewa untuk mereka sekeluarga.

image is not available

Terdahulu, penyanyi itu pernah membuat surat terbuka kepada bapanya, Datuk ND Lala memberitahu dia tiada lagi akses untuk berhubung dengan penyanyi itu.

Sebelum ini, Syada terpalit dengan khabar angin bermasam muka dengan kakaknya apabila dua beradik itu saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Sumber:Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.