“Rasa macam susu”- Demi Buktikan Produk Jualan Selamat Digunakan, Penjual Makan Sabun Ketika ‘Live Streaming’

Entertainment
1 Oct 2023 • 1:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika anda merupakan pemilik perniagaan atau usahawan, sudah semestinya anda mahukan menjual produk yang terbaik kepada pelanggan. Barulah dorang nak repeat order dengan kita kan.

Sebuah syarikat yang menjual sabun buku di Wilayah Mongolia Dalam ini pula telah bertindak agak ekstrem apabila pengerusi syarikat itu sendiri telah menggigit dan memakan sabun ketika penstriman langsung untuk membuktikan bahawa produk mereka selamat digunakan dan berkualiti tinggi.

Selain itu, mereka juga melakukan sedemikian untuk membuktikan bahawa sabun buatan mereka itu tidak diperbuat daripada bahan-bahan bahaya atau beracun.

Memetik laporan South China Morning Post, pengerusi syarikat Hongwei Soap Enterprise yang menjual sabun itu telah menjadi perhatian warganet di sekitar China kerana memakan sabun berkenaan.

image is not available

Dalam video tersebut, dia telah memegang sabun itu dan memakannya demi membuktikan bahawa ia hanyalah diperbuat daripada lemak biri-biri atau lembu.

Difahamkan, sabun berkenaan merupakan sabun untuk mencuci pakaian.

Tambahnya lagi, sepanjang 70 tahun operasi, sabun jualan syarikat mereka juga tidak pernah diperbuat dengan menambahkan sebarang pengawet seperti serbuk talkum.

Dia turut mengatakan jika sabun itu dimakan, ia tidak menyebabkan kesan sampingan.

Menurut pengurus jualan syarikat itu yang dikenali sebagai Huangpu, wakil syarikat mereka telah melakukan sedemikian sejak beberapa tahun lalu sebagai kempen pemasaran produk berkenaan.

Ini kerana mereka mahu membuktikan bahawa sabun itu sangat selamat digunakan untuk mencuci sehingga boleh dimakan dan rasanya pula seperti lemak lembu atau biri-biri atau seperti susu.

Walaupun sabun tu tak ada bahan beracun, tapi memang boleh ke makan sabun macam tu?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article