“Rasa masuk alam lain” – Kreatif, Pintu Tandas Balik Almari Buat Netizen Terpukau

Entertainment
22 Jun 2024 • 4:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

“Nak pergi tandas kena masuk dalam almari dulu,” begitulah cerita seorang pelanggan melalui sebuah video TikTok setelah mendapati dia perlu masuk ke dalam pintu almari terlebih dahulu sekiranya ingin ke tandas.

Benar, jika dilihat dari luar, nampak seperti pintu almari. Tetapi, ada arahan yang tertulis di tepi almari tersebut. Jika tidak, sampai bila-bila pun korang tidak akan perasan bahawa itu sebenarnya adalah tandas!

Tak percaya? Korang boleh tengok video di bawah ni!

Kreatif bukan? Secara tidak langsung, ia juga boleh menjadi tarikan pengunjung! Jelas pemilik kedai itu sangat melakukan perkara diluar kotak.

Rata-rata netizen terkejut dengan melihat video berkenaan. Malah, kebanyakannya mengaitkan pintu tandas kedai tersebut dengan pintu almari dalam filem Narnia. Mana tahu, buka-buka terus ke alam lain!

Difahamkan, kedai tersebut terletak di Alor Setar, Kedah.

Kalau dah sakit perut jangan lupa bertanya tandas dekat mana, mana tahu kat dalam peti sejuk pula.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.