“Rasa Nak Tercabut Jantung…” – Hanya Berlatih Seminggu, Bella Astillah Menangis Ayden Berjaya Tamatkan Renangan 400m

LocalEntertainment
3 Jun 2025 • 10:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hanya berlatih dalam seminggu, anak sulung pelakon Bella Astillah iaitu Ayden Adrean berjaya menamatkan acara renang 400 meter di Langkawi Swim Fest, semalam.

Pencapaian Ayden itu membuatkan pelakon berusia 31 tahun tersebut menangis terharu meskipun pada awalnya berasa takut kerana tidak tahu jika anaknya mampu melakukannya.

Dengan hanya latihan selama seminggu, memang saya sangat takut sampai tak keluar suara. Saya tidak tahu sama ada dia boleh melakukannya tetapi akhirnya dia berjaya. Dia berenang dengan sepenuh hati dan berjaya sampai ke garisan penamat.

image is not available

Bella akui berasa bimbang kerana memikirkan keselamatan Ayden kerana dia sendiri mempunyai trauma dengan aktiviti air.

Melihat anak saya berenang di laut rasanya seperti nak tercabut jantung. Ayden sangat berani, kuat dan bersungguh-sungguh sehingga dia mampu menyelesaikannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

Menari Tarian Tradisional Sempena Pesta Kaamatan, Bella Astillah & Syed Saddiq Curi Perhatian Netizen - "Muka Macam Tengah Hafal Step.."