Anak sulung kepada pelakon Bella Astillah iaitu Mohamed Ayden Adrean, 8, memberitahu Syed Saddiq jadi sumber motivasi kepadanya dalam menamatkan renangan 400 meter ketika menyertai Langkawi Swim Fest di Tanjung Rhu.
Menurut Ayden, dia terlihat Ahli Parlimen Muar itu yang turut terlibat dalam aktiviti tersebut sewaktu menghabiskan renangannya sejauh 4 kilometer (KM).
Syed Saddiq jadi sumber motivasi
@barrerys_ ayden anak yang hebat.... kami semua bangga dengan ayden. menangis bukan bererti sedih tapi bangga dengan anak sekecil ini sudah mampu buat mummy dan keluarganya bangga. ayden berada disekeliling orang yang sayangkan ayden, teruskan semangat juang untuk banggakan mummy @Bella Astillah and thank you to ironman @Syed Saddiq yang sering berikan motivasi untuk ayden berjaya sampai ke tahap ini. soon, ayden akan ikut jejak yb, insyaAllah and for now, he is the best ironkid credit video:@shyaaee_ #bellaastillah #syedsaddiq #aydenadrean #bass #teambass #fyp #fypage #foryou #bellaastillahsyedsaddiq
♬ That’s So True - Gracie Abrams
“Saya nampak pakcik (Syed Saddiq) dulu, 4KM adalah pakcik,” ujarnya ketika menjawab persoalan daripada pengikut ketika siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Syed Saddiq jadi sumber motivasi



Syed Saddiq menjadi inspirasi kepada Ayden
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga kerana walaupun usianya masih muda, Ayden telah membuktikan usia bukan penghalang untuk capai sesuatu yang hebat.
Bukan itu sahaja, kejayaan Ayden membuktikan bahawa pengaruh tokoh muda seperti Syed Saddiq boleh memberi kesan besar kepada generasi cilik.

Tahniah Ayden!
Dalam pada itu, ramai menzahirkan ucapan tahniah kepada Ayden atas pencapaian luar biasanya dan memuji cara didikan Bella Astillah dalam membesarkan anak-anak untuk menjadi seorang insan hebat sejak kecil.


Sekadar info, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016, namun berpisah pada 13 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna yang kini berusia 5 tahun.
Sumber: TikTok @barrerys_



