Banjir Putrajaya 20 Pemilik Kenderaan Ditenggelami Air Terima Bantuan RM1,000

LocalPolitics
10 Dec 2024 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara kenderaan tenggelam akibat banjir di Presint 11, Putrajaya, 20 pemilik kenderaan menerima bantuan sebanyak RM1,000.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

image is not available

Menurutnya, Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek dan meminta pihak perbadanan menyelesaikannya dalam tempoh dua minggu.

image is not available

"Selain itu, saya minta Perbadanan Putrajaya untuk menyediakan sistem amaran dengan penggunaan siren dan amaran kepada penduduk di kawasan itu untuk alihkan kenderaan dengan segera.

"Ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan Internet of Things (IoT) iaitu sensor akan dipasang di petak penyelenggaraan saliran di seluruh Putrajaya untuk mengesan tahap ketinggian air," katanya dalam kenyataan di laman Facebook, semalam.

image is not available

Difahamkn, punca banjir disebabkan kesan hujan lebat di bahagian hulu dan air telah naik dari Sungai Anak Gajah menyebabkan aliran air tersekat mengakibatkan air melimpah di kawasan yang lebih rendah.