Rasa Terhutang Nyawa, Individu Kenang Jasa Kamal Adli Tarik Tangan Ketika Hampir Lemas – “Dia Sempat Capai…”

14 Nov 2026 • 8:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Rasa Terhutang Nyawa, Individu Kenang Jasa Kamal Adli Tarik Tangan Ketika Hampir Lemas – “Dia Sempat Capai…”

Seorang individu berkongsi pengalaman mencemaskan apabila mendakwa hampir lemas dan hanyut sebelum diselamatkan pelakon Kamal Adli ketika menyertai aktiviti di Gua Tempurung, Perak, beberapa tahun lalu.Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut berkata, dia bersama dua rakan ketika itu sedang menghasilkan vlog bagi tugasan pengajian.“Aku pernah rasa terhutang budi dan nyawa dengan Kamal Adli. Tidak tahu sama ada dia masih ingat atau tidak, beberapa tahun lalu aku dan dua kawan buat vlog untuk tugasan.“Nak jadi cerita, aktiviti kami bertembung dengan kelab peminat Kamal Adli di Gua Tempurung. Jadi individu yang menguruskan aktiviti itu mengajak kami sertai sekali sebab kami bertiga sahaja,” tulisnya.Menurut individu berkenaan, Kamal sempat mencapai tangannya ketika dia berdepan detik cemas tersebut.“Dipendekkan cerita, aku hampir lemas dan hanyut, tetapi dia sempat capai tangan aku. Alhamdulillah aku selamat.“Aku fikir nyawa sahaja waktu itu. Terima kasih, Ketua,” kongsinya.Perkongsian tersebut mendapat respons Kamal yang mengakui tidak mengingati kejadian berkenaan, namun bersyukur individu itu selamat.“Saya tak ingat, tetapi alhamdulillah awak selamat dan dapat menikmati kehidupan seterusnya.“Nanti tolong saya, okey, kalau jadi apa-apa,” balasnya.Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved