Rasanya belum diizinkan Allah – Mila Jirin dambakan lagu komposer tempatan

LocalMusic
25 Jul 2026 • 4:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rasanya belum diizinkan Allah – Mila Jirin dambakan lagu komposer tempatan

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin, mengakui pernah menghubungi beberapa komposer tempatan untuk meminta lagu daripada mereka.

Bagaimanapun hasrat tersebut terpaksa apabila usaha itu tidak berhasil apabila dia tidak menerima respon daripada komposer-komposer terbabit.

Justeru Mila terbang ke Indonesia untuk bertemu komposer, Ilham Baso untuk mendapatkan lagu terbaharunya iaitu Tersimpan Dalam Hati.

“Kita bersangka baik sahaja, mungkin emel yang saya hantarkan itu masuk ke bahagian Spam emel mereka.

“Rasanya belum diizinkan Allah atau belum tiba masanya lagi. Iyalah, siapa tak mahu menyanyikan lagu dari komposer Malaysia.

“Malah album pertama saya juga dihasilkan sepenuhnya komposer tempatan. Rasanya selepas album kedua mereka terkejut kerana saya bertukar bidang. Saya anggap belum rezeki,” ujarnya.

Mila berkata demikian semasa majlis pelancaran lagu terbarunya dan tayangan muzik video, semalam.

Penyanyi berusia berusia 38 tahun itu bagaimanapun tetap menyimpan harapan agar satu hari nanti dia dapat berkolaborasi dengan komposer tempatan.

“Saya yakin, naskhah yang baik tidak boleh ditekan-tekan. Ia hadir pada masa yang tepat.

“Saya sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan komposer yang ada lagu berimpak tinggi buat saya.

“Mungkin sekarang mereka tidak lagi melihat saya menyanyi untuk suka-suka,” kongsinya.

 

The post Rasanya belum diizinkan Allah – Mila Jirin dambakan lagu komposer tempatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved