
Honor sebelum ini hanya mengesahkan pelancaran rasminya tanpa menyebut tarikh secara khusus. Kini, melalui imej promosi terbaharu, syarikat berkenaan mendedahkan bahawa pelancaran tersebut akan berlangsung pada 12 Ogos 2026 di China.

Menariknya, peranti ini turut disahkan dibangunkan bersama ARRI dengan hasil kerjasama yang diumumkan ketika MWC 2026. Usaha ini untuk bertujuan memberikan pengalaman penggunaan lebih premium khususnya dari segi rakaman gambar dan video yang menyerupai hasil perfileman profesional.
Dalam pada itu, peranti ini menggunakan kamera gimbal tiga paksi yang dipasang pada lengan robotik khusus serta menyokong ciri berasaskan AI seperti AI Object Tracking. Fungsi ini membolehkan pengguna melakukan dwi-ketukan pada subjek untuk memastikan ia kekal dalam bingkai secara automatik.
Menurut khabar angin, Honor Robot Phone dijangka dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5. Skrinnya berukuran antara 6.3 hingga 6.4 inci dengan resolusi 1.5K serta kadar segar semula tinggi. Sistem kamera pula terdiri daripada kamera utama 200MP, ultra lebar 50MP dan telefoto periskop 200MP manakala bateri dilaporkan sekitar 6,000mAh.

Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan sama ada peranti ini akan dilancarkan secara meluas di pasaran global atau hanya terhad di China. Namun, jika benar ditawarkan kelak, ia berpotensi mencuri perhatian kerana mampu memberi impak besar. Gabungan inovasi kamera gimbal robot unik bersama spesifikasi mercu yang menjadikannya berbeza daripada kebanyakan telefon pintar lain di pasaran.





