
Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari mengesahkan Perkhidmatan LRT 3 atau nama rasminya LRT laluan Shah Alam akan memulakan beroperasi bermula 29 Jun. Menurut Loke lagi, laluan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di depot utama LRT3 pada 28 Jun. Tarikh permulaan perkhidmatan LRT 3 sudah beberapa kali tertangguh disebabkan isu teknikal. Sebelum ini ia sepatutnya memulakan operasi pada 31 Disember 20265.

LRT laluan Shah Alam ialah perkhidmatan rel transit keempat di Lembah Kelang dengan ia dikendalikan oleh Rapid KL. Laluan akan mempunyai 25 stesen yang buat pertama kalinya terletak di luar sempadan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia menghubungkan stesen Bandar Utama di Petaling dengan stesen Johan Setia di Klang.
Pembinaan laluan ini menelan belanja RM21.93 bilion yang adalah lebih rendah berbanding kos anggaran asal RM31.65 bilion semasa diluluskan pada tahun 2015. Apabila beroperasi kelak, ia mampu membawa sehingga 39,260 penumpang setiap jam
Sumber – The Star





