[RASMI] PRN Johor: BN sah bentuk kerajaan negeri, menang 29 DUN

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 10:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [RASMI] PRN Johor: BN sah bentuk kerajaan negeri, menang 29 DUN
Ramlan (tengah) mengumumkan keputusan rasmi BN mendahului 29 kerusi PRN Johor di Bilik Gerakan Utama SPR di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada Sabtu.

ISKANDAR PUTERI – Barisan Nasional (BN) secara rasmi berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun pada sidang media keputusan rasmi PRN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini pada Sabtu.

"Hari ini prosss pengundian bagi PRN Johor ke-16 telah berjalan dengan baik dan lancar.

"Bagi keseluruhan pengundian hingga jam 10.32 malam, BN telah memenangi sejumlah 29 kerusi daripada 56 kerusi yang diperuntukkan.

"Dan dengan ini telah berjaya memperoleh suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan," katanya.

BN memenangi kerusi DUN Kukup, Machap, Sedili, Bekok, Tenggaroh, Benut, Pekan Nanas, Penawar, Pasir Raja, Bukit Permai, Yong Peng, Rengit, Bukit Kepong, Pulai Sebatang, Johor Lama dan Buloh Kasap.

Gabungan itu juga berjaya memenangi DUN Gambir, Mahkota, Bukit Pasir, Permas, Parit Raja, Parit Yani, Layang-Layang, Tanjung Surat, Tiram, Tangkak, Panti, Kota Iskandar dan Endau.

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) setakat ini memenangi dua kerusi iaitu DUN Bentayan dan Mengkibol.

PRN Johor Ke-16 menyaksikan pertandingan melibatkan BN, PH, Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Orang Asli Malaysia (Asli) serta calon Bebas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved