[RASMI] PRN Johor: Pas hilang kubu terakhir

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 11:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [RASMI] PRN Johor: Pas hilang kubu terakhir
Pas gagal mempertahankan kemenangan di kerusi tunggalnya di DUN Maharani apabila tewas kepada BN pada PRN Johor ke-16.

SHAH ALAM - Pas gagal mempertahankan kemenangan di kerusi tunggalnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani apabila tewas kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Calon Pas yang bertanding di bawah logo Perikatan Nasional (PN), Anuar Hayan kalah kepada pencabarnya, Datuk Ashari Sarip dalam pertandingan empat penjuru yang turut membabitkan calon daripada Pakatan Harapan (PH), Taqiuddin Cheman dan Muhammad Amir Fiqri Mustapha daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Ashari menang dengan majoriti 2,143 dengan memperoleh 10,570 undi, Anuar (5,658), Taqiuddin (8,427) dan Muhammad Amir Fiqri (2,495).

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN menang 48 kerusi, PH (8) manakala Pas, Muda, Parti Bersama Malaysia (Bersama), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti orang Asli Malaysia (Asli) dan Bebas gagal meraih sebarang kemenangan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 7 Julai sebagai hari pengundian awal dan 11 Julai sebagai hari pengundian.

Seramai 2,727,926 pengundi layak mengundi pada PRN Johor kali ini, terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan serta 12,710 anggota polis dan pasangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved