Rasuah lebih RM1 juta: 3 termasuk pendaftar perkahwinan direman

5 Jun 2024 • 2:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KANGAR - Tiga lelaki termasuk pendaftar perkahwinan jabatan kerajaan di Perlis direman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah RM1.18 juta melibatkan urusan pendaftaran perkahwinan pasangan bernikah di Thailand.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, perintah remah terhadap pegawai jabatan kerajaan itu dan seorang pemilik syarikat bersama bapanya masing-masing berumur lingkungan 40-an, 20-an dan 50-an itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kangar pada Rabu.

Sumber itu memaklumkan suspek pertama yang bekerja sebagai pendaftar perkahwinan itu ditahan kira-kira jam 4 petang hingga 7 malam semalam di pejabatnya, manakala pemilik syarikat dan bapa ditahan pukul 6 petang ketika hadir di Pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan.

Suspek pertama itu, katanya, dipercayai menerima wang rasuah RM1.18 juta daripada pemilik syarikat terbabit bagi membolehkan pasangan yang bernikah di Thailand mendaftar perkahwinan di jabatan agama di Perlis tanpa melalui prosedur ditetapkan.

"Suspek pertama ini dipercayai telah berurusan dengan pemilik syarikat berkenaan menerusi bapanya yang bertindak sebagai orang tengah. Suspek dipercayai telah melakukan perbuatan berkenaan dari 2022 hingga 2023 dan telah menerima wang rasuah keseluruhannya dianggarkan RM1.18 juta," kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Dakwa terima rasuah agar pasangan bernikah di Thailand mendaftar perkahwinan di jabatan agama di Perlis tanpa melalui prosedur ditetapkan #fyp #SinarHarian #NikahThailand #Perlis #DaftarPerkahwinan #Rasuah #SPRM

The Second Wave - MaxKoMusic

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved