Rasuah: Penguat kuasa direman empat hari

LocalPolitics
24 Jan 2025 • 5:11 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Mahkamah Majistret Kota Bharu mengeluarkan perintah reman selama empat hari terhadap seorang pegawai penguat kuasa yang didakwa meminta rasuah sebanyak RM2,500 bermula pada hari ini.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan Rosli Husain berkata perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.

Beliau berkata reman berkenaan bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Semalam, Bernama melaporkan suspek berumur 30-an ditahan di pejabatnya di Gua Musang selepas SPRM menerima aduan daripada seorang lelaki bahawa suspek dikatakan meminta rasuah RM2,500 daripadanya atas kesalahan mengikut Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.