Rasuah: SPRM tahan 6 individu termasuk 5 penjawat awam

12 Jan 2023 • 9:36 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lima penjawat awam antara enam yang ditahan SPRM Sabah selepas dipercayai meminta rasuah sebanyak RM20,000. - Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Lima penjawat awam antara enam yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas dipercayai meminta rasuah sebanyak RM20,000.

Kesemua lelaki termasuk seorang orang awam berusia antara 29 hingga 50 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 malam Rabu, di Semporna.

Menurut sumber, lima penjawat awam berkenaan bertugas di sebuah jabatan di Semporna.

Kesemua suspek ditahan kerana dipercayai telah meminta wang rasuah daripada seorang awam supaya tidak mengambil tindakan ke atas anaknya yang disyaki melakukan kesalahan menyimpan minyak masak bersubsidi kira-kira 100 kotak yang disyaki diseludup ke luar negara.

Mereka ditahan pegawai SPRM selepas dipercayai menerima sebahagian daripada wang rasuah kira-kira RM5,000 daripada orang awam berkenaan pada jam 10 malam Rabu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

"Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Tawau untuk proses permohonan reman pada hari ini bagi tujuan siasatan lanjut," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved