Ratan Tata, tokoh perniagaan terkemuka India dan juga Pengerusi Emeritus Tata Group meninggal dunia hari pada usia 86 tahun. Mendiang memegang jawatan pengerusi Tata Group dari tahun 1991 hingga 2012 yang melihat perniagaan syarikat berkembang pesat sehingga ia kini mempunyai nilai pasaran $403 bilion
Dilahirkan pada tahun 1937, Ratan Tata memimpin Tata Group selama lebih dua dekad dengan ia berkembang menjadi lebih daripada 100 syarikat dengan sekitar 1 juta kakitangan. Antara syarikat di bawah Tata Group ialah Tata Motor, Tetley, Corus, Air India dan Jaguar Land Rover. Di bawah kepimpinan mendiang, kereta Tata Nano dibangunkan dengan tujuan menawarkan kereta mampu milik bagi semua penduduk India.

Ratan Tata dikenang bukan sahaja kerana kejayaan perniagaannya tetapi juga kerana sumbangannya kepada masyarakat. Walaupun Tata Group bernilai hampir separuh trilion dolar, Ratan Tata tidak pernah tersenarai sebagai seorang bilionwan dan sekadar memegang status individu ke 421 terkaya di India.
Ini adalah kerana 66% pegangan saham Tata Group dipegang oleh Tata Trusts yang memastikan keuntungan syarikat didermakan kepada golongan yang memerlukan seperti menerusi pembinaan hospital, institusi pendidikan dan biasiswa.Ratan Tata meninggal dunia tanpa meninggalkan pewaris kerana tidak pernah berkahwin.





