“Rate limit exceeded”- Twitter Hadkan Jumlah Posts Yang Pengguna Boleh Baca Dalam Masa 1 Hari

Technology
2 Jul 2023 • 1:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam kecoh di Twitter apabila kebanyakan pengguna platform media sosial tersebut tidak dapat ‘refresh’ timeline mereka dan bila nak baca Tweet, tiba-tiba jadi ‘Rate Limit Exceeded’.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Pada mulanya, ramai pengguna yang menyangka bahawa Twitter down, namun rupa-rupanya pihak Twitter telah menghadkan jumlah posts atau Tweets yang boleh dibaca oleh setiap pengguna media sosial itu dalam masa sehari.

image is not available

Menurut CNN Business, pemilik Twitter iaitu Elon Musk telah mengumumkan bahawa beliau telah menghadkan jumlah posts yang boleh dibaca dalam masa sehari di mana untuk pengguna yang telah disahkan (verified users) boleh membaca sebanyak enam ribu Tweets sehari.

Manakala untuk pengguna yang tidak disahkan atau unverified users (yang tidak mempunyai blue tick) hanya boleh membaca sebanyak 600 posts sehari.

Ada yang berpendapat mungkin Elon Musk sengaja mengehadkan jumlah Tweets yang boleh dibaca oleh setiap pengguna Twitter kerana kebanyakan daripada pengguna ketagih dengan media sosial.

image is not available

Hmmm, macam tu pulak dah…

Sumber: NST, CNN Business

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.