“Rating ‘2 Days 1 Night’ Makin Tinggi Lepas Tukar Ahli Tapi..” – Hala Tuju ‘Running Man’ Jadi Persoalan

EntertainmentLifestyle
4 Nov 2024 • 3:41 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

“Running Man” terus dibandingkan dengan “2 Days 1 Night”.

Selepas melalui beberapa siri ahli meninggalkan “Running Man” selain penambahan ahli baru, program itu tetap sukar untuk mencapai catatan terbaik semasa zaman kegemilangannya.

Walau bagaimanapun, lain pula apa yang dilalui dengan “2 Days 1 Night”. Selepas merombak ahli, program itu berjaya meraih rating 6% kepada 8%, malah mencapai 8.9% semalam.

image is not available

Namun, “Running Man” sebaliknya jatuh daripada 4% kepada 3%, hingga rating serendah 2%, dan episod kali ini hanya mendapat 3.4% sahaja.

Komen penonton, mereka kecewa dengan haluan yang dibawa oleh pengarah Choi Hyung-in dan meminta pengarah itu ditukar kepada seseorang yang lebih efisien.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.