Rating ‘Frankly Speaking’ Jatuh Ke 1%, Gandingan Go Kyungpyo & Kang Hanna Tak Menjadi?

Entertainment
9 May 2024 • 10:28 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

“Frankly Speaking” di JTBC terus menyaksikan penurunan rating.

Menurut Nielsen Korea, tayangan 8 Mei drama yang dibintangi oleh Go Kyung-pyo, Kang Han-na, dan Joo Jong-hyuk mencapai purata penonton sebanyak 1.4% di seluruh negara, dengan penurunan sebanyak 0.6% dari catatan episod sebelumnya.

Dalam episod kali ini, Song Ki-baek (Go Kyung-pyo) meletakkan jawatan sebagai pembaca berita utama kerana tidak puas hati dengan kondisi dan permainan dalam balai berita itu.

image is not available

Pun begitu, “Frankly Speaking” berjaya menduduki kedudukan agak tinggi dalam ranking Top 10 Netflix dan di platform OTT lain. Oleh itu, ramai yang menantikan sama ada penerimaan penonton atas talian boleh membantu mengubah rating episod akan datang.

Korang layan tak drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.