Rating Hanya 1.3%, Penonton Kesal Lihat Plot ‘Frankly Speaking’

Entertainment
6 Jun 2024 • 1:07 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Ada tak yang tengah layan drama “Frankly Speaking” sekarang?

Bagi yang belum tahu, “Frankly Speaking” mengikuti Song Ki-baek (Go Kyung-pyo), seorang juruhebah yang mematuhi peraturan dan telah mendedikasikan hidupnya untuk mengekalkan imej yang baik. Suatu hari, dia menghadapi krisis terbesar dalam hidupnya, dan memulakan hidup baru selepas bertemu On Woo-ju (Kang Han-na).

Mempunyai 12 episod secara keseluruhan, drama tersebut nampaknya kurang mendapat sambutan dengan rating yang hanya mencecah 1.3% untuk episod ke-11.

Comment
byu/GodJihyo7983 from discussion
inKDRAMA

Tambahan, penonton juga telah meluahkan kekecewaan mereka pada plot drama itu yang sepertinya masih tiada pengakhiran jelas meskipun berbaki lagi 1 episod.

Komen penonton,

  • Ending dia mesti kelam-kabut nanti.
  • Dah sampai episod 10 pun saya masih tak faham drama ini pasal apa.
  • Mesti ramai yang berhenti tengok drama ni kan?
  • Banyak plot yang tak perlu.

Apa pendapat korang yang tengah layan drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.