Rating Jatuh, ‘The Midnight Romance In Hagwon’ Terpalit Kontroversi Dek Papar Babak Ini

Entertainment
21 May 2024 • 11:30 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Diterajui Wi Ha-joon dan Jung Ryeo-won, drama “The Midnight Romance in Hagwon” telah hangat menerima kritikan kerana memaparkan satu babak ini.

Menerusi episod terbaru “The Midnight Romance in Hagwon”, terdapat satu adegan di mana Jung Ryeo-won dengan wataknya sebagai Seo Hye-jin telah memandu dalam keadaan mabuk.

Selepas hangat dikritik penonton, pasukan produksi akhirnya mengeluarkan permohonan maaf dan menjelaskan,

Kami menyedari masalah itu sejurus selepas siaran. Adegan itu telah dipadam dalam siaran semula atau perkhidmatan VOD.

image is not available

Sambung mereka,

Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami penonton akibat adegan yang tidak bertimbang rasa ini. Kami akan bekerja keras untuk menghasilkan kandungan yang lebih berkualiti.

Sementara itu, “The Midnight Romance In Hagwon” memaparkan kisah seorang pengajar yang dengan tekun membantu seorang pelajar bernama Lee Jun-ho untuk mendapat kemasukan ke universiti berprestij.

Korang layan tak drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.