Korang dah layan ke drama “The Midnight Romance In Hagwon”?
Bagi yang belum tahu, “The Midnight Romance In Hagwon” ialah drama yang diterajui Wi Ha-joon dan Jung Ryeo-won, memaparkan kisah seorang pengajar yang dengan tekun membantu seorang pelajar bernama Lee Jun-ho untuk mendapat kemasukan ke universiti berprestij.
Seperti ditakdirkan, Lee Jun-ho kemudian kembali ke akademi sebagai pengajar baru setelah meletakkan jawatan dari sebuah syarikat besar kerana dia masih teringatkan cinta pertama, guru akademinya Seo Hye-jin meskipun sudah menginjak dewasa.
Meskipun baru 3 episod bersiaran, rating drama ini telah jatuh dari 5.2% ke 3% kerana ada sesetengah penonton menyatakan bahawa tiada keserasian antara kedua pelakon utama tersebut.

Komen penonton,
- Walaupun plot klise, orang mesti akan tonton juga kalau mereka ada keserasian yang bagus.
- Tiada apa yang romantik pun tentang drama ni.
- Saya berhenti tengok selepas episod 1. Pelakon utamanya boring.
- Lakonan Jung Ryeo-won okay. Tetapi Wi Ha-joon macam kurang sikit..
- Mereka tiada chemistry langsung.
Apa pendapat korang yang tengah layan drama ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Rating Terus Jatuh, Kenapa ‘The Midnight Romance In Hagwon’ Kurang Dapat Sambutan? first appeared on KimchiDaily.my.

