Rating Rendah, Program Kim Jongkook ‘Problematic Child In House’ Ditamatkan Siaran

20 Dec 2023 • 4:21 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Bukan senang nak hadapi pelbagai persiangan dalam dunia program hiburan Korea kini.

Menurut pengumuman KBS, program kelolaan Kim Jong-kook, Song Eun-i, Kim Sook dan lain-lain iaitu “Problematic Children In House” telah disahkan akan menamatkan siaran pada penghujung Januari nanti.

Meskipun meraih rating sekitar 2% ke 3% sepanjang tayangan dan dipuji sebagai program yang baik untuk tontonan seisi keluarga, namun program berkenaan menemui pengakhiran yang pahit tanpa penjelasan lanjut dari saluran itu.

image is not available

Bermula sejak November 2018 dan berlangsung sebanyak 256 episod kini, rata-rata penonton meluahkan rasa kesal memandangkan berita sedih ini diumumkan sebelum acara ‘Anugerah Hiburan KBS 2023’ berlangsung dalam beberapa hari sahaja lagi.

Dalam pada itu, program “Beat Coin” yang dihoskan oleh Joo Woo-jae, Wooyoung 2PM, Hong Jin-kyung dan Jo Se-ho turut disahkan akan menamatkan siaran pada pertengahan Januari tahun hadapan.

Sayangnya…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.