Ratu Cantik Malaysia Pemilik Mahkota Miss Charm 2024

LocalEntertainment
22 Dec 2024 • 7:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ratu Cantik Malaysia Pemilik Mahkota Miss Charm 2024

Ratu cantik Malaysia, Rashmita Rasindran, berjaya menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai pemilik mahkota baharu dalam pertandingan ratu cantik Miss Charm 2024.

image is not available
Kredit: Miss Charm via Facebook

Kemenangan beliau menewaskan pesaing rapat dari Australia, Alana Deutsher-Moore yang meraih tempat kedua, dan Nguyen Thi Quynh Nga dari Vietnam yang berada di tempat ketiga.

image is not available
Kredit: Miss Charm via Facebook

Pertandingan yang berlangsung di Nguyen Du Stadium, Ho Chi Minh City, Vietnam semalam menyaksikan Rashmita berjaya mengatasi 35 peserta dari pelbagai negara.

Pada pusingan akhir, Rashmita menunjukkan prestasi cemerlang dengan mara ke kedudukan top 20, top 10, top 6, dan akhirnya ke tempat tiga terbaik.

Imbas kembali, kemenangan ini mengulangi kejayaan yang dicapai oleh pelakon, model dan penerbit terkenal, Kavita Sidhu, yang pernah dinobatkan sebagai Miss Charm International pada tahun 1990.

Sumber: Astro Gempak