Ratusan hadiri pengebumian remaja yang terkorban di Nablus

16 Jun 2023 • 2:15 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

NABLUS: Penduduk Palestin di Nablus mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir untuk Khalil al-Anees, 20, yang terbunuh akibat tembakan israel di Nablus.

Anis ditembak ketika tentera israel turun ke sebuah rumah di kem pelarian Ein Beit al-Ma’ milik keluarga Osama al-Taweel, seorang lelaki yang dituduh terlibat dalam pembunuhan seorang askar israel tahun lalu.

image is not available

Orang ramai telah berkumpul bagi bersama-sama mengebumikan jenazah Anis pada hari Khamis di kem di Nablus.

Israel telah melakukan serbuan di Tebing Barat sejak ia menjajahnya selepas perang 1967, yang membawa kepada kematian, kecederaan atau penahanan ke atas rakyat Palestin.

Tahun ini, sekurang-kurangnya 158 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera israel. 26 daripadanya adalah kanak-kanak.

image is not available
Kredit Foto Twitter WAFA News Agency

Dengan kerajaan israel yang pernah berkuasa sekarang, serbuan tentera semakin meningkat di wilayah yang dijajah.

Lebih 700,000 warga israel tinggal di penempatan haram di Tebing Barat yang dijajah.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia