Seorang terkorban, dua cedera dalam serangan israel di Nablus

15 Jun 2023 • 4:00 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

NABLUS: Seorang lagi rakyat Palestin terbunuh, dua lagi cedera dan sebuah rumah telah dirobohkan dalam serangan tentera israel di bandar Nablus, Tebing Barat utara, menurut sumber tempatan.

Menurut Kementerian Kesihatan, Khalil Yehya Anis, 20, ditembak di kepala dan dua orang lagi yang cedera juga ditembak di kepada serta kaki. Mereka dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

image is not available
Khalil Yehya Anis, 20, ditembak di kepala. Kredit foto WAFA News Agency

Pada masa yang sama, tentera mengepung kejiranan Rafidya di Nablus untuk merobohkan rumah Usama Tawil yang ditangkap pada 13 Februari lalu seluas 150 meter persegi, yang terletak di bangunan empat tingkat.

Tentera mengeluarkan semua penduduk dari bangunan itu sebelum merobohkan rumah Tawil, kata sumber di Nablus.

Persatuan Bulan Sabit Merah berkata, seramai 170 orang dirawat kerana sesak nafas akibat gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera semasa serbuan.

Dengan pembunuhan Tawil, tentera israel telah membunuh atau menyebabkan kematian 161 rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sejak awal tahun, termasuk 26 kanak-kanak.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia