Ratusan PATI serbu wilayah Sepanyol

WorldPolitics
31 Jul 2026 • 11:15 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ratusan PATI serbu wilayah Sepanyol

MADRID – Madrid akan menghantar pasukan tentera ke Ceuta bagi memastikan keselamatan selepas beratus-ratus pendatang tanpa izin(PATI) memasuki wilayah Sepanyol di Afrika Utara dari negara jiran,  Maghribi, dengan  ratusan imigran lain bergerak menuju ke sana.

Delegasi kerajaan Sepanyol di tanah jajahan itu memberitahu AFP bahawa mayat sembilan PATI  yang maut ketika cuba sampai ke Ceuta dengan berenang turut ditemukan.

Migrasi dari Maghribi ke dua wilayah Sepanyol di Afrika Utara iaitu Ceuta dan Melilla  telah lama menjadi isu politik sensitif antara kedua-dua negara, berikutan beribu-ribu imigran menyeberangi sempadan pada masa-masa tertentu.

Dalam pada itu, Itali semalam menggesa agar Sepanyol digantung daripada Zon Schengen Eropah yang mengamalkan sempadan terbuka, mencetuskan reaksi balas  Sepanyol dengan memanggil Duta Itali  ke Madrid.

Wartawan AFP melihat  kumpulan orang dewasa dan kanak-kanak, kebanyakan mereka basah kuyup, memasuki bandar Ceuta selepas berenang ke sana.

“Angkatan tentera akan memperkukuhkan Pengawal Awam dalam melaksanakan tugas mereka  dan sebarang tugas lain yang perlu untuk mengekalkan keselamatan di bandar Ceuta,” kata Kementerian Dalam Negeri Sepanyol.

 Kementerian sama  tidak menyatakan bilangan askar yang akan dihantar ke wilayah kecil seluas 18.5 kilometer itu, namun memberitahu, kekuatan Pengawal Awam di sana akan digandakan daripada jumlah semasa iaitu 80 orang

Sepanyol  juga akan menghantar pasukan penyelam dan kapal pengawal pantai. – AFP

The post Ratusan PATI serbu wilayah Sepanyol appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved