Kebakaran terburuk di Madrid paksa 19,000 berpindah

WorldEnvironment
25 Jul 2026 • 11:02 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kebakaran terburuk di Madrid paksa 19,000 berpindah

MADRID: Sekurang-kurangnya 19,000 penduduk di wilayah Madrid dipindahkan atau diarahkan berlindung di dalam rumah susulan kebakaran hutan yang disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah wilayah itu, lapor Reuters.

Presiden Wilayah Madrid, Isabel Díaz Ayuso, berkata kebakaran yang melanda kawasan padat penduduk di sekitar ibu negara Sepanyol itu memusnahkan kira-kira 6,000 hektar kawasan.

Menurutnya, walaupun keluasan kebakaran itu mungkin tidak dianggap besar di kawasan luar bandar lain, impaknya di Madrid jauh lebih serius berikutan kepadatan penduduk dan kawasan perumahan.

“Di Madrid, dengan kepekatan rumah dan penduduk yang begitu tinggi, ia merupakan satu bencana,” katanya kepada pemberita.

Setakat ini, kira-kira 100 orang menerima rawatan akibat kecederaan ringan, kebanyakannya kerana terhidu asap atau mengalami serangan panik, manakala sekurang-kurangnya 43 buah rumah dilaporkan musnah.

Ayuso menyifatkan situasi itu sebagai luar biasa dan bencana, sambil menegaskan keutamaan ketika ini adalah menyelamatkan nyawa.

Operasi memadam kebakaran melibatkan 31 jentera darat dan sembilan pesawat, katanya.

Sementara itu, kerajaan pusat Sepanyol memaklumkan hampir 2,000 anggota terdiri daripada anggota bomba, pasukan kecemasan tentera, pegawai Pengawal Awam dan pegawai Kementerian Alam Sekitar telah dikerahkan bagi memadam kebakaran, termasuk satu lagi kebakaran berhampiran Ávila di wilayah Castile and León.- AFP

 

The post Kebakaran terburuk di Madrid paksa 19,000 berpindah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved