
Insiden kemalangan antara Jorge Martin dan Marco Bezzecchi dalam perlumbaan sprint Ahad lepas meninggalkan kesan serius ke atas Martin apabila tulang bahu kanannya (clavicle) disahkan patah dan mengalami sedikit pecahan di bahagian retakan. Berdasarkan imej X-ray yang dikongsikan, keadaan tulangnya memerlukan rawatan segera dan bukan sekadar rehat biasa.
Dalam kes begini, kebiasaannya pembedahan ortopedik dikenali sebagai open reduction and internal fixation, akan dilakukan dalam tempoh 48 jam selepas kecederaan. Prosedur ini penting untuk memastikan tulang yang retak dipasang kembali dengan plat dan skru bagi mempercepat proses penyembuhan serta mengelakkan komplikasi jangka panjang.
Martin juga akan menjalani rawatan susulan termasuk fisioterapi secara berkala, pemantauan kekuatan otot dan mobiliti bahu, selain diberi makanan serta suplemen yang menyokong pertumbuhan semula tulang seperti kalsium, vitamin D, magnesium dan kolagen.
Untuk pelumba profesional di peringkat elit seperti Martin, anggaran kos keseluruhan rawatan termasuk pembedahan, rawatan susulan, fisioterapi dan ubat-ubatan di pusat perubatan sukan terkemuka boleh mencecah sekitar RM100,000 atau lebih, bergantung kepada tahap kecederaan dan fasiliti rawatan yang digunakan.
Tempoh pemulihan pula lazimnya mengambil masa antara 6 hingga 8 minggu, namun bagi atlet bertaraf dunia, proses ini sering dipercepat melalui rawatan intensif namun tetap bergantung kepada tindak balas badan terhadap rawatan.
The post Rawatan Bagi Kecederaan Jorge Martin appeared first on TW Media.

