Rawatan percuma pusat hemodialisis bagi bekas polis

LocalHealth & Fitness
3 Sep 2024 • 3:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Ahli-ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia Sabah kini boleh menikmati rawatan secara percuma di pusat hemodialisis mulai penghujung tahun ini.

Pengerusi Biro Korporat Ekonomi persatuan tersebut, Datuk Seri Zulfakar Hashim berkata pusat hemodialisis yang beroperasi dengan 16 unit mesin itu akan dibuka di Kota Kinabalu.

“Kita ada 300 lebih orang ahli persatuan yang menghidap sakit buah pinggang yang terpaksa beratur dan menunggu giliran di hospital kerajaan.

“Pada tahun ini, kita akan buat pusat dialisis di bawah persatuan bekas Polis Diraja Malaysia Sabah, bertempat di Kota Kinabalu.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Kita akan mulakan dengan 16 mesin yang mana ahli-ahli persatuan kita boleh mendapat rawatan secara percuma dengan pusat dialisis yang sedia ada,” ujarnya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Bagaimanapun, pihaknya juga mempertimbangkan cadangan Tun Juhar supaya pusat hemodialisis berkenaan ditubuhkan di bandar lain seperti Tawau dan Sandakan.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Sabah, Datuk Awang Kassim Gemok yang mengetuai kunjungan terbabit di Istana Seri Kinabalu menyatakan, kunjungan itu bertujuan untuk melaporkan perkembangan persatuan.

“Sejak 2019, baru hari ini kita memberi penjelasan kepada Tun di mana sebelum ini kami hanya mempunyai tujuh daerah cawangan, sehingga hari ini kita mempunyai 16 daerah cawangan dengan keahlian persatuan seramai 6,426 orang.

“Aktiviti kami menjurus kepada kebajikan dan hari ini, saya dan rombongan hadir untuk memperjelaskan kepada Tun Juhar bahawa kami telah membawa persatuan ini untuk dikorporatkan,” jelasnya.

Pada Isnin, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Malaysia, Md Shameem Ahsan yang bertujuan untuk mewujudkan kerjasama hubungan dua hala antara negara.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.