
Meta melancarkan dua lagi cermin mata pintar dengan ia kali ini akhirnya direka untuk individu rabun yang memerlukan kanta preskripsi. Ray-Ban Meta Blayzer Optics dan Ray-Ban Meta Scriber Optics mempunyai bingkai lebih nipis bagi memudahkan kanta preskripsi dipasang, bahagian pad hidung yang ditukar dan bahagian tangkai boleh dilaras.

Ia hadir dengan dua pilihan bentuk dengan Blayzer dilengkapi bingkai segi empat tepat dan Scriber dilengkapi bingkai lebih bulat. Dua saiz ditawarkan iaitu standard dan besar. Dari segi spesifikasi ia sama sahaja dengan Ray-Ban Meta Gen 2 kerana menggunakan kamera 12MP, speaker pada tangkai, mikrofon, bateri 8 jam dan sokongan Meta AI. Kerana ia masih sekadar Ray-Ban Meta, lensa tidak menyokong sistem skrin terbina.

Warna yang ditawarkan pula adalah Matte Black, Transparent Black, Dark Olive, Matte Ice Grey dan Stone Beige. Kerana ia masih. Ray-Ban Meta Blayzer Optics dan Ray-Ban Meta Scriber Optics mula dijual 14 April di Amerika Syarikat pada harga $499 (~RM 2020) sepasang.
