Meta Akan Melancarkan Cermin Mata Pintar Dengan Kanta Preskripsi.

TechnologyDigital
28 Mar 2026 • 12:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Menerusi kerjasama Meta dan EssilorLuxottica, cermin mata pintar Ray-Ban Meta dan Oakley Meta HSTN dilancarkan. Ia dengan pantas menjadi cermin mata pintar paling laku di pasaran dengan Google, Samsung dan Apple juga bakal melancarkan produk sama dalam masa terdekat.

Namun begitu kesemua cermin mata ini lebih menyasarkan pengguna yang inginkan gaya. Bagi mereka yang rabun seperti kelawar (seperti saya), produk yang dijual tidak cukup serasa dipadankan dengan kanta preskripsi.

image is not available

Bloomberg kini melaporkan Meta akan akhirnya melancarkan dua cermin mata pintar baharu yang akan menyokong kanta preskripsi. Ia menggunakan nama “Scriber” dan “Blazer” dengan kedua-duanya sudah melepasi laman FCC. Dokumen mendedahkan kedua-duanya akan hadir dengan bingkai berkotak dan juga bulat bagi memenuhi gaya pembeli.

Maklumat lain yang didedahkan ialah sokongan WiFi 6 dan UNII‑4 ini membolehkan pemindahan data berkelajuan tinggi untuk penstriman langsung. Dengan ia telah melepasi FCC, tarikh pelancaran pastinya sudah semakin hampir.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved