Raya Aidil­adha 2024: Jangan terkejut nampak lori ini atas lebuhraya bila balik kampung nanti

14 Jun 2024 • 7:21 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Hari Raya Aidiladha ataupun Hari Raya Haji pada tahun 2024 akan disambut pada 17 Jun 2024 iaitu pada hari Isnin. Jadi sudah tentu ramai yang akan mulakan perjalanan seawal Jumaat malam minggu sebelumnya ataupun kemuncaknya pada hari Sabtu dan Ahad. Sekiranya anda pengguna lebuh raya, siap sedia untuk ternampak sekumpulan lori keselamatan yang mungkin dibawa perlahan merentasi laluan lebuh raya.

PLUSRonda dan Kenderaan Keselamatan

Sebelum anda marah-marah, ini yang perlu anda tahu tentang sekumpulan lori yang dibawa perlahan di atas lebuhraya.

image is not available

Lori ini dipanggil Safety Vehicle ataupun Kenderaan Keselamatan dan biasanya digunakan di lebuhraya kendalian PLUS.

image is not available

Ia terdiri daripada beberapa lori yang akan mengisi laluan-laluan lebuhraya dan seterusnya memperlahankan aliran kenderaan dan seterusnya menghentikan aliran sekiranya perlu.

image is not available

Objektifnya adalah bagi mewujudkan zon keselamatan bagi sebarang aktiviti pembaikkan dijalankan.

Apabila zon keselamatan berjaya diwujudkan. Aktiviti penyelenggaraan akan dijalankan. Apabila selesai, aliran kenderaan akan disambung semula.

PLUS sebagai pengendali lebuhraya terbesar Malaysia

PLUS selaku pengendali lebuhraya terbesar di Malaysia termasuklah:

  • North-South Expressway
  • New Klang Valley Expressway
  • Seremban-Port Dickson Highway
  • North-South Expressway Centra Link
  • Malaysia-Singapore Second Link
  • Butterworth-Kulim Exrepssway
  • Penang Bridge

image is not available

Mereka telah merencanakan satu inisiatif keselamatan bagi menjaga kedua-dua pihak sama ada pengguna dan kakitangan penyelenggaraan. Hal ini kerana terdapat insiden apabila kakitanan PLUSRonda maut dirempih kenderaan ketika membersikan serpihan tayar daripada lebuh raya. Kejadian ini berlaku dalam bulan Februari 2019.

image is not available

Kemudian dalam bulan Jun 2019, perjanjian tiga penjuru antara Lembaga Lebuhraya Malaysia (MHA), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), dan UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) untuk menambah baik tahap keselamatan pengoperasian dan penyelenggaraan lebuh raya.

image is not available

Salah satunya adalah penggunaan Impact Protection Vehicle (IPV) yang menjadi salah satu komponen dalam kumpulan Kenderaan Keselamatan.

Untuk maklumat anda, UEM Edgenta ialah kontraktor penyelenggaraan lebuhraya di bawah PLUS sehingga tahun 2038.

Kenderaan Keselamatan sebenarnya adalah salah satu komponen keselamatan yang ada dalam Garis Panduan Pelaksanaan Pengurusan Trafik seawal 2016.

Jadi, sekarang anda dah tahu. Nanti jangan gelabah kalau anda jumpa sekumpulan lori dibawa perlahan di atas jalan raya. Kekal peka dan ikuti arahan kakitangan yang bertugas. Ia untuk keselesaan anda dan pengguna jalan raya yang lain.