‘Raya dengan JOY!’ oleh Klook Menyantuni Perubahan Trend Perjalanan Perayaan Rakyat Malaysia

LocalSales & Promo
4 Mar 2026 • 9:52 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dengan ketibaan Ramadan dan Syawal, tradisi balik kampung kini berkembang menjadi sebuah perayaan yang lebih menyeluruh, merangkumi pengalaman yang dikongsi bersama. Walaupun kebersamaan kekal sebagai nadi utama musim ini, semakin ramai rakyat Malaysia kini memilih untuk menggabungkan momen pertemuan yang dinanti-nantikan ini dengan aktiviti santai yang ringkas dan spontan.

Seiring dengan perubahan corak perjalanan dan cara meraikan perayaan, Klook memperkenalkan inisiatif Raya dengan JOY!, yang berlangsung dari 13 Februari hingga 29 Mac 2026. Direka untuk menghubungkan tradisi perayaan dengan keperluan perjalanan moden, inisiatif ini menyediakan platform berpusat yang memudahkan keluarga mengurus perbelanjaan perayaan sambil meneroka cara bermakna untuk mencipta kenangan baharu bersama.

Segmen

Promosi

Untuk penggemar makanan dan golongan profesional muda

  • Hidangan iftar premium di hotel dan pusat konvensyen kini lebih mudah dinikmati, dengan tawaran bermula serendah RM99.

  • Golongan profesional muda dan keluarga juga boleh mendapatkan tawaran jualan kilat masa terhad dengan diskaun sehingga 50% untuk pengalaman menjamu selera terpilih, malah tawaran bufet serendah RM10. 

Untuk keluarga dalam perjalanan

  • Jadikan balik kampung anda sebagai percutian mini dengan menerokai tarikan tempatan bersama keluarga selepas beraya seperti membawa anak-anak ke Legoland selepas sambutan Raya anda di Johor Bahru untuk mengekalkan kemeriahan percutian.


  • Keluarga juga boleh memaksimumkan musim cuti sekolah dengan tawaran diskaun sehingga 50% untuk hotel dan tarikan pelancongan di destinasi seperti Singapura, Indonesia dan Vietnam.

  • Penjimatan praktikal turut tersedia bagi mereka yang merancang percutian singkat dua malam di antara kunjungan Raya tradisional.

Untuk pengguna digital

  • Tradisi klasik digabungkan dengan inovasi digital menerusi Surprise Duit Raya Drop, di mana pengguna berpeluang memenangi kod promosi bernilai antara RM5 hingga RM100.

  • Sesuai untuk perancang spontan: dapatkan tawaran 'Blind Box' RM1, jualan kilat hotel terpilih RM99 setiap Selasa hingga 24 Mac, dan diskaun 50% untuk Things To Do pada 11, 18 dan 25 Mac

Malam Ramadan kini tidak lagi terhad kepada bazar semata-mata. Semakin ramai rakyat Malaysia menjadikan waktu malam sebagai ruang untuk aktiviti santai bersama, termasuk meneroka pengalaman hujung minggu dan aktiviti malam yang direka khas. Dengan menggabungkan tawaran masa terhad dan penjimatan praktikal, Klook menyokong trend yang semakin berkembang ini dengan mengintegrasikan pengalaman ringkas tetapi bernilai ke dalam musim perayaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai jualan kilat Raya dengan JOY!, bufet Ramadan terpilih dan tawaran perjalanan perayaan, layari:https://www.klook.com/ms-MY/tetris/promo/ramadanraya/