
MENGGABUNGKAN melodi rancak serta mesej penuh makna mengenai kebersamaan dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, Fazura serta Syasya Rizal berkolaborasi dalam sebuah lagu raya baharu berjudul Raya Pum Pang.
Lagu ciptaan Mage, Ja’a, Glowrush dan Nick Ariff terbitan Universal Music Malaysia itu sudah dilancarkan secara rasmi pada 7 Mac lalu serentak dengan muzik video.
Hasil kerjasama antara Universal Music Malaysia, Faithful Music dam Fazura Studios lagu berkenaan dilihat antara single raya yang mudah diterima penggemar muzik tempatan sempena Syawal tahun ini.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Fazura berkata merakam lagu Raya Pum Pang bersama Syasya adalah sesuatu yang istimewa.
“Saya sangat teruja dan bersyukur diberikan peluang untuk bekerjasama buat pertama kali dengan beberapa individu berbakat dalam single raya ini.
“Ini adalah pengalaman baru buat saya dengan persekitaran kerja yang berbeza.
“Bekerjasama dengan Syasya untuk lagu ini juga adalah pengalaman menarik kerana ini kali pertama saya berduet dengan artis wanita malahan lebih istimewa lagi kerana lagu ini buah tangan khas untuk Aidilfitri,” katanya Ibu kepada Fatima Aisya itu.
Menurut Fazura dirinya berharap peminat dapat menikmati lagu dan video muzik Raya Pum Pang selain menjadikan lagu berkenaan sebagai sebahagian daripada kemeriahan perayaan mereka.
“Saya harap semua akan terhibur mendengar lagu ini dan menonton video muziknya. Saya juga berharap semua dapat menikmati sambutan raya dengan mencipta momen indah bersama keluarga dan rakan-rakan.
“Tidak kira sama ada perayaan itu kecil atau besar paling penting ialah menghargai detik-detik bersama insan tersayang,” tambah Fazura.
Dalam perkembangan lain Fazura menjangkakan tahun ini merupakan tahun yang sibuk dengan pelbagai komitmen dalam bidang perniagaan, lakonan dan muzik bersama pasukan yang sangat memberi sokongan dengan visi sama.
Sementara itu Syasya yang juga bekas anggota Dolla berkata lagu Raya Pum Pang adalah satu tanda penghargaan buat peminat yang sudah lama merindui suaranya.
“Raya Pum Pang untuk saya adalah hadiah kecil buat peminat yang lama rindu nak dengarsuara saya.
“Ia lagu yang menyeronokkan dan ‘catchy’ pada masa yang sama ada mesej yang ingin disampaikan untuk kita ingat sewaktu beraya.
“Kali pertama saya dengar lagu ini saya terus jatuh cinta dengannya. Dari demo ke versi akhir proses rakaman sangat menarik dengan bimbingan dari ‘coach’ vokal dan juga pasukan produksi,” katanya.
Bagi Syasya penggambaran video muzik Raya Pum Pang juga memberi pengalaman yang berbeza kerana buat pertama kali dia perlu mengawasi bayinya iaitu Yassir yang turut berada di set.
“Pengalaman menjalani penggambaran video muzik lagu ini memang sangat berbeza. Sebelum ini saya fokus untuk nampak cantik depan kamera seorang diri tapi sekarang ada si kecil yang perlu saya pantau juga.
“Yassir sangat ‘friendly’ dan suka mendengar bunyi bising. Jadi dia sangat ‘enjoy’ sepanjang sesi penggambaran. Satu pengalaman yang sangat berharga buat saya dan juga Yassir sendiri,” katanya.
Berkongsi mengenai kerjasama dengan Fazura, Syasya menyifatkan Fazura seorang yang penyayang dan kelakar.
“Saya suka Kak Faz. Dia sangat penyayang dan dalam masa yang sama sangat kelakar. Walaupun penggambaran dah selesai kami masih saling berhubung.
“Pada awalnya saya risau kalau kami tidak serasi tetapi ternyata ‘vibes’ kami memang kena sangat. Dia macam seorang kakak yang sangat kelakar dan penyayang,” katanya.
Raya Pum Pang kini boleh didengarkan di semua platform digital utama, termasuk Spotify, Apple Music, dan YouTube.
Muzik video lagu berkenaan juga sudah mencecah lebih 1.8 juta tontonan sejak ia mula dimuat naik pada 7 Mac lalu.


