“Raya tahun ni, baju setengah tiang” – Fasih BM & Arif 9 Adat, Netizen Kagum Dengan Exco Pelancongan Negeri Sembilan

Entertainment
6 Aug 2024 • 4:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu sesi podcast daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan, Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon telah mencuri tumpuan netizen di media sosial.

Dalam sesi tersebut, Nicole Tan Lee Koon menceritakan mengenai 9 identiti adat Negeri Sembilan dan ia membuatkan ramai netizen kagum dari pelbagai aspek.

Dalam podcast tersebut, beliau menceritakan lebih lanjut mengenai adat perpatih yang dipraktikkan di Negeri Sembilan, misalnya seperti masakan lemak cili api, tarian piring, rumah bumbung panjang, lagu tradisional dan apa yang menarik tumpuan netizen di TikTok adalah baju tradisi yang dinamakan Baju Setengah Tiang.

@dap_tikthetok

Moh dogheh! Sdri Nicole Tan Lee Koon berkongsi 9 identiti Negeri Sembilan yang sentiasa beliau promosikan setiap hari. RoketSembangSantai DAPMalaysia

♬ suara asli – jaslan Alwi Ja’far – Jaslan Alwy Jafar

Ramai rakyat Malaysia yang tidak mengenai jenis busana tersebut dan ia membuatkan mereka rasa tertarik sampaikan ada yang ingin menjadikan ia sebagai busana utama mereka pada musim perayaan tahun depan.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Selain itu, ramai juga yang memuji kefasihan Nicole Tan Lee Koon dalam berbahasa Melayu selain arif mengenai adat perpatih secara terperinci dan mendalam.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Min pun baru dengar pasal Kebaya Separuh Tiang ni, memang lawa. Kalau orang jual laku keras lepas ni dan ramai nak cari.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.