“Raya tahun ni kena bahagi dua” – Misya Mazlan

Entertainment
20 Feb 2024 • 7:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isteri kepada Ahmad Aslam iaitu Umisya Mazlan telah memberikan satu kenyataan berkenaan dengan sambutan hari raya Aidilfitri yang dianggap berbeza pada tahun ini.

Menerusi Kosmo! Misya turut menjelaskan bahawa sambutan hari raya tahun ini juga dianggap mencabar berbanding dengan sambutan raya untuk tahun 2023.

“Tahun ini (raya) agak mencabarlah sebab mengalah dan bahagi dua.”

Jawapan yang diberikan itu sekaligus telah memberi bayangan berkenaan dengan status suaminya, Ahmad Aslam yang dikatakan sudah berkahwin dua dan perlu beraya secara bergilir-gilir dengan isteri pertama dan isteri kedua.

image is not available

Disebabkan itu, rata-rata netizen sebak dengan jawapan yang diberikan oleh Misya dan anggap bahawa wanita ini sangat kuat mengahadapi dugaan hidup.

Walau bagaimanapun, sehingga kini Misya masih belum memberikan sebarang pengesahan mengenai khabar angin yang mengatakan suaminya sudah bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu. Pun begitu, perkara ini telah disahkan oleh kakak Misya sendiri yang dikenali sebagai Nadiah.

Sementara itu, ibu bapa Marissa yang juga pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim masih kekal mengunci mulut tanpa memberikan sebarang pengesaan atas dakwaan itu.

Sumber : Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.